IQRAM DINZLY DIKECAM “KERETA BESAR OTAK KECIK”

| April 11, 2017 | 0 Comments

Sudah pastinya kita semua pernah menghadapi situasi dimana ada pemandu yang “double parking”, ada yang bersifat tamak dengan meletakkan kenderaan mereka dalam dua petak sekaligus dan ada yang parkir di tempat khas OKU. Ia menunjukkan betapa buruknya sikap pemandu di Malaysia yang hanya mementingkan diri mereka dan tidak mempuyai kesedaran sivik juga… pesanan utuk diri sendiri…hihihi

Terbaru ini pula, viral di media sosial mengenai kenderaan jenis Honda CRV berwarna yang dipandu oleh pelakon Iqram Dinzly dimana beliau dikatakan telah parkir sesuka hati dan menghalang laluan masuk sebuah bangunan ketika berada di Langkawi. Berang dengan tindakan Iqram ada yang meninggalkan nota “ kereta besar otak kecik” di atas cermin kereta Iqram.

Sedar perkara itu sudah menjadi viral , Iqram menerusi akaun Instagramnya telah memuat naik foto beliau bersama nota berkenaan. Malah, Iqram juga membalas isu berkenaan dengan kapsyen yang agak menusuk kalbu.

Malang sekali, apa yang Iqram nyatakan di Instagramnya itu mengundang lagi kecaman dan kritikan netizen. Mereka menganggap Iqram hanya memperlihatkan sifat tidak matangnya dan mahu menegakkan benang yang basah. Iqram seperti tidak menyedari kesalahannya itu.

Apa-apa pun, isu ini boleh selesai jika ada sifat rendah diri, mengakui kesilapan dan meminta maaf. Mudah je kan?

"TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENGHIDUPKAN PERKONGSIAN INI"

Tags:

Category: Hiburan

Leave a Reply