DAKWANA EZANY NIZARIFF PENIPU, ISTERI DEDAH CERITA SEBENAR?

| December 29, 2015 | 0 Comments

EZANY 1Terkini… Kes cerai antara pelakon Ezany Nizariff dan isterinya Lizda Nuryanti Abidin masih lagi belum selesai sehingga kini. Ezany sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa isterinya itu curang sehingga rumah tangga mereka hancur berkecai.

Bertahun diaibkan dengan cerita beliau lari dengan lelaki lain, hari ini isteri Ezany iaitu Lizda Nuryanti Abidin mendedahkan sikap sebenar pelakon tersebut. Menurut Lizda, berita beliau curang itu cuma rekaan Ezany.
Jujur saya kata, kami hanya bahagia selama setahun sahaja. Selepas setahun perkahwinan barulah saya tahu siapa Ezany sebenarnya. Bayangkanlah, wang perkahwinan sebanyak RM30,000 digunakan Ezany adalah hasil duit simpanan saya. Dia berkahwin untuk mengambil kersempatan terhadap saya.

Dia juga telah menipu saya dalam urusan bisnes belacan. Akhirrnya dia tuduh saya curang lari rumah ikut lelaki lain tetapi dia tidak ceritakan kisah sebenar apa yang berlaku.

EZANYLizda mengakui sejak malam pertama mereka berkahwin lagi, Ezany sudah menunjukkan perangai beliau yang sebenar. Malam tersebut, Lizda ada membaca mesej di telefon Ezany bersama wanita lain.
Malam pertama selepas majlis sanding kami di Perlis lagi dia sudah buat perangai. Malam tu saya terbaca mesej di telefonnya yang dikirimkan seseorang. Mesej yang kurang enak untuk saya dedahkan kepada umum tetapi saya tidak ambil hati perkara itu.

Namun selepas hal itu macam-macam lagi dia kantoi dengan saya sehinggalah saya pernah jumpa sesuatu dalam begnya serta mesej-mesej lain. Dari situ, mulalah kemelut rumah tangga kami.

Lizda juga memberitahu Ezany tidak pernah ambil tahu soal beliau dan anak-anak. Meskipun bekerja keras untuk membantu suaminya itu dalam perniagaan belacan, Ezany langsung tidak menghargai segala usaha Lizda dan lebih teruk lagi beliau tidak pernah membayar gaji Lizda seperti yang dijanjikan.
Sebelum buka syarikat, dia setuju untuk kongsi keuntungan 50-50 dengan saya. Tapi bila dah buka syarikat, dia hanya bagi saya 7 peratus saja keuntungan. 93 peratus lagi milik dia. Masa tu kami dah mula bertengkar sebab dia dah mula tak jujur tetapi saya masih bertahan.
Gaji saya yang dijanjikannya RM3,000 sebulan, satu sen pun tak dapat. Sampaikan tengah-tengah malam pun sanggup packing belacan dengan pekerja-pekerja. Kursus-kursus di Mardi juga saya yang hadir. Dia tak peduli. Duit minyak saya nak ke sana ke mari buat kerja promosi pun tak diberi kalau tak diminta.

"TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENGHIDUPKAN PERKONGSIAN INI"

Tags:

Category: Hiburan

Leave a Reply