ROMANTIKKKNYERRR!!! HATI SAYA HANYA UNTUK NEDIM – NORA DANISH

| October 23, 2015 | 0 Comments

NORA DANISH NEDIMArgh!!! Romantik juga Nora Danish ini rupanya. Ternyata pasti ramai jejaka di luar sana yang kecewa apabila membaca kenyataan terbaru pelakon comel ini. Umum mengetahui yang Nora Danish sudah pun berpisah dengan Nedim Nazri. Namun baru-baru ini mereka berdua telah bertemu kembali di Bali kerana menyambut hari jadi rakan mereka. Ketika pertemuan tersebut, ada sesuatu yang telah Nora Danish rasai. Jeng, jeng, jeng.

Mengakui ada yang cuba mengorat dirinya, Nora Danish memaklumkan yang hatinya tidak terbuka untuk lelaki lain. Kata Nora:-
Saya dengan Nedim telah bercinta selama tiga tahun, satu tempoh lama dan ia sebuah hubungan yang cukup manis. Kami berpisah bukan untuk mencari pengganti, itu sahaja yang boleh saya katakan.
Sudah dua bulan lebih saya solo sebelum kembali bertemu Nedim di Bali. Memang, ada yang mencuba nasib untuk berkenalan dengan saya, tetapi saya tidak terbuka hati untuk lelaki lain. Apabila bertemu semula dengan Nedim di Bali barulah saya tahu, hati saya hanya untuk dia.
Saya dengan dia sudah sepakat untuk kekal bersahabat baik dan jika hubungan kami menuju ke pintu perkahwinan, kami tidak menolak. Tambahan pula, punca permasalahan yang menjadi faktor perpisahan sementara kami baru-baru ini sudah hampir selesai.

“Hati saya hanya untuk dia“. Fuh!!! Bayangkan kalau Nora Danish meluahkan kata-kata itu kepada anda. Pasti berbunga-bunga dibuatnya. Untunglah Nedim kerana ada seorang wanita cantik seperti Nora Danish yang setia menantinya. Semoga perhubungan ini tidak disia-siakan. Sama-samalah kita doakan kebahagiaan Nora dan Nedim.

"TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENGHIDUPKAN PERKONGSIAN INI"

Tags: ,

Category: Hiburan

Leave a Reply