ABBY ABADI JANJI TIDAK MAHU BELI KEK SECRET RESEPI, KENAPA?

| September 29, 2015 | 0 Comments

SECRET RESEPI 2Selebriti Abby Abadi menceritakan pengalamannya membeli kek dari restoran Secret Recipe untuk sambutan majlis hari jadi anaknya. Menurut Abby, dia berjanji tidak akan membeli lagi makanan dari Secret Recipe kerana dia meragui status halalnya. Ini ialah kerana pemilik restoran tersebut bukan seorang muslim.

SECRET RESEPI 3 SECRET RESEPISeorang peminat mempertikaikan kenyataan Abby namun dia tetap mempertahankannya.

SECRET RESEPI 1Kami menyangkakan disebabkan terdapat keraguan dalam diri Abby mengenai status halal kek-kek tersebut dia akan membuangnya, rupanya dia tetap menghidangkan kek itu untuk meraikan sambutan ulangtahun kelahiran anak-anaknya iaitu Maria Danisha dan Marissa Dania.

Pada pandangan kami, sekiranya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan sijil pengiktirafan halal kepada satu rangkaian restoran maka makanan yang dihidangkan ialah halal. Seandainya terdapat kekhilafan dalam perkara ini yang menanggung ialah pegawai JAKIM selaku pemegang autoriti.

"TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENGHIDUPKAN PERKONGSIAN INI"

Tags:

Category: Hiburan

Leave a Reply