AKADEMI FANTASIA (AF) 2015 – RAMLI MS “JELAS SEBAB” TEMPAT CHE TA TAK PERLU DIGANTI, DIA HANYA…?

| September 17, 2015 | 0 Comments

CHE TAPengarah muzik dan pengkritik tetap Akademi Fantasia (AF) 2015, Datuk Ramli MS mencadangkan kerusi juri tetap yang ditinggalkan Rozita Che Wan atau Che Ta susulan pengundurannya Ahad lalu tidak digantikan sesiapa.

Ramli berkata, cadangan itu wajar bagi menghormati keputusan Rozita.

Katanya, jika Astro mencari pengganti Rozita, ia secara tidak langsung menjejaskan kewibawaan dan reputasi pelakon dan pengacara popular itu.

“Saya bimbang jika digantikan dengan sesiapa, secara tidak langsung akan timbul persepsi umum yang mempertikaikan kewibawaan Che Ta sebagai pengkritik tetap sebelum ini.

“Ia seolah-olah seperti Che Ta tidak layak (jadi pengkritik) sehingga jadi isu begitu dan digantikan pula dengan orang lain.

“Sedangkan dia dilantik atas kapasiti pengkritik umum yang mewakili suara dan pandangan orang awam. Cuma kebetulan Che Ta terkenal kerana dia seorang selebriti,” katanya.

Ramli berkata, insiden itu juga meninggalkan impak kurang baik pada reputasi AF2015 secara umum.

“Bila sudah jadi begitu, tidak pasal-pasal ada titik hitam melekat pada jenama dan reputasi AF. Padahal ia sepatutnya tidak berlaku seolah-olah kita semua tidak profesional,” katanya.

Sumber : Metro

"TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENGHIDUPKAN PERKONGSIAN INI"

Tags:

Category: Hiburan

Leave a Reply