BIADAP! WANITA TANPA BAJU GANGGU MAJLIS PERSIDANGAN MUSLIM

| September 15, 2015 | 0 Comments

WANITA TANPA BAJUDua wanita berumur 25 dan 31 tahun berkelakuan biadap apabila mengganggu satu majlis persidangan muslim di Pontoise, Perancis.

Rakaman kejadian memaparkan kedua-dua wanita terbabit yang dalam keadaan tidak memakai baju melompat ke atas pentas dan mengejutkan dua lelaki muslim yang ketika itu sedang berada di pentas.

Kedua-dua wanita tersebut kemudian merampas mikrofon menyebabkan dua lelaki tersebut berundur ke belakang pentas.

Di belakang badan wanita terbabit, tertulis ayat “Nobody makes me submit”.

Orang ramai berang dengan tindakan wanita tersebut sehingga ada yang tampil ke atas pentas majlis persidangan muslim dan menendang salah seorang dari wanita terbabit.

Identiti wanita yang terbabit masih belum diketahui tetapi laporan menyebut mereka adalah aktivis dari kumpulan Femen.

Kumpulan Femen adalah kumpulan yang bermula di Ukrain pada 2008 terkenal dengan kelakuan mereka bertelanjang untuk menunjukkan protes mereka terhadap kerajaan atau organisasi yang tidak mereka gemari.

Sumber : Kuala Lumpur Post

"TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENGHIDUPKAN PERKONGSIAN INI"

Tags:

Category: Sosial

Leave a Reply