LUAHAN SAYU LINDA RAFAR SELEPAS SERAHKAN BORANG PENGESAHAN LAFAZ CERAI

| September 11, 2015 | 0 Comments
SHAH ALAM 11 September 2015. Penyanyi dan pelakon Linda Rafar, 37 hadir bagi menghantar borang permohonan pengesahan lafaz cerai yang dibuat suaminya, Syed Aiman, 40 di Pejabat Pendaftar Mahkamah Syariah Shah Alam. STR/Muhammad Sulaiman

SHAH ALAM 11 September 2015. Penyanyi dan pelakon Linda Rafar, 37 hadir bagi menghantar borang permohonan pengesahan lafaz cerai yang dibuat suaminya, Syed Aiman, 40 di Pejabat Pendaftar Mahkamah Syariah Shah Alam. STR/Muhammad Sulaiman

Bekas anggota kumpulan Elite, Linda Rafar hari ini mengakui sudah tawar hati dengan suaminya, pelakon, Syed Aiman selepas mendakwa dirinya diceraikan pada Selasa lalu. Beliau berkata, dirinya trauma dan fobia dengan kemelut yang melanda rumah tangganya itu lebih-lebih lagi apabila kini sedang hamil tiga bulan.

“Saya binggung dan sedih sebab tidak tahu apa punca sebenarnya. Ketika kejadian saya terpingga-pingga,” katanya kala ditemui BH Online.

Terdahulu, Linda menyerahkan borang pengesahan lafaz cerai. Mengulas lanjut, Linda berkata, setelah mendapat nasihat kakak dan ibunya beliau membuat keputusan untuk mendapatkan pengesahan cerai di mahkamah supaya perkara itu lebih jelas.

“Apa yang saya dengar saya memang diceraikan, cuma saya rasa biar mahkamah yang putuskan kerana itu jalan terbaik,” katanya.

Beliau juga mengakui sudah bersedia untuk berdepan dengan apa juga kemungkinan dan mengakui tindakan itu diambil setelah bersabar terlalu lama. Linda juga meminta supaya suaminya bertanggungjawab dengan tindakan yang dibuat dan jangan menafikannya terutama dengan pihak media.

“Mengaku dan buang ego. Jangan buat seolah-olah saya mereka cerita. Saya sedih dengan apa yang berlaku,” katanya

Linda dalam nada sebak berkata, tidak ada siapapun yang mahu perkara ini terjadi lebih-lebih lagi beliau yang baru kehilangan anak dan sedang hamil.Bagi dirinya, semua yang terjadi adalah dugaan hidup dan berharap akan terus kuat.

Di tanya adakah beliau sedia kembali menjalani hidup bersama suami sekiranya lafaz cerai itu tidak sah, Linda diam seketika.

“Saya fobia anda ia berlaku lagi. Jujurnya saya sudah tawar hati dan saya rela menjadi ibu yang mengandung tanpa suami,” katanya.

"TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENGHIDUPKAN PERKONGSIAN INI"

Tags:

Category: Hiburan

Leave a Reply