DIFITNAH SUDAH BERCERAI – SITI NURHALIZA LUAH RASA KESAL

| May 28, 2015 | 0 Comments

SITI NURHALIZAJangan terekejut dahulu jika anda pernah terserempak dengan artikel ataupun mendengar khabar angin bahawa penyanyi tersohor Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza bakal bercerai ini kerana berita tersebut tidak benar sama sekali dan merupakan satu fitnah yang agak besar buat penyanyi tersebut.

Menerusi foto repost daripada Instagram kakak iparnya Rozi, Siti Nurhaliza telah meluahkan rasa terkilan beliau dengan sikap sesetengah pihak yang sanggup memfitnah beliau demi mendapat perhatian ramai.

Ya Allah , hanya Dikau yang Maha Besar lagi Maha Berkuasa. Dikau berilah hukuman sebaik baiknya buat pemfitnah yang menyebarkan fitnah ini. Semoga mereka kembali ke jalan yang benar. Amin Ya Rabb.

Rozi yang juga merupakan pengurus serta pembantu peribadi Siti Nurhaliza pada mulanya tidak mengambil serius akan perkara tersebut kerana ia sudah selalu berlaku. Namun, apbila berita tersebut mula tersebar secara pantas dan mencetuskan spekulasi di media sosial, beliau akhirnya bertindak untuk memberitahu perkara yang sebenar.

Tentu sekali, cerita tidak benar itu telah mencalarkan nama Siti Nurhaliza dan membuat orang ramai tertanya-tanya akan status sebenar artis pujaan mereka kini.

Saya dah terima ni beberapa hari lalu tetapi saya buat tak endah sebab berasa sangat-sangat kasihan malah hairan dengan keupayaan, kesediaan orang yang buat tajuk, buat cerita, buat fitnah, dan disebar-sebar lagi, dan kemudian jadi bahan sebaran tanpa putus.

Memfitnah seseorang itu lebih besar kesalahannya daripada membunuh orang. Kami harap Datuk Siti Nurhaliza tenang menghadapi kisah tidak benar tersebut dan masyarakat jangan cepat mempercayai sesuatu perkara. Semoga Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid kekal sehingga ke akhir hayat. Amin.
Sumber Berita: Instagram Datuk Siti Nurhaliza

"TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENGHIDUPKAN PERKONGSIAN INI"

Tags:

Category: Hiburan

Leave a Reply