LALOK ATAS PENTAS MUZIK-MUZIK 29, ‘SATU FITNAH’ – AKIM AHMAD

| December 2, 2014 | 0 Comments

akimKegagalan lagu Mewangi dendangan Akim Ahmad untuk layak ke pentas Anugerah Juara Lagu ke 29 minggu lalu mendapat perhatian ramai apabila sebelum itu ianya menjadi pilihan ramai untuk mara mudah ke persaingan akhir Januari nanti.

Selain ‘amukan’ peminat di laman sosial yang menyatakan ketidakpuashatian mereka terhadap keputusan juri yang tidak memilih lagu tersebut, ada khabar angin lain mengatakan persembahan buruk Akim Ahmad pada malam separuh akhir menjadi punca.

Ada sesetengah pihak mendakwa Akim Ahmad tampil di atas pentas dalam keadaan lalok atau di bawah pengaruh dadah ketika membuat persembahan.

“Sudah sudahlah memfitnah saya. Janganlah mudah menghukum disebabkan karakter, gaya atau cara saya buat persembahan malam itu yang disalah ertikan. Tak bolehlah menilai saya hanya berdasarkan satu persembahan saja,” ujar Akim Ahmad kepada Harian Metro.

Penyanyi berusia 23 tahun ini turut berkata yang persembahan kurang memuaskan beliau malam itu disebabkan oleh perasaan gemuruh dan tertekan.

“Saya takkan rasa gemuruh kalau saya lalok dan separa sedar bukan? Tapi malam itu saya sangat gemuruh dan sedar kelemahan itu. Padahal kalau saya menyanyikan lagu itu pada persembahan di pentas lain, okey saja”

“Mungkin pihak yang tersalah anggap itu perlu ikut persembahan saya yang lain dan bandingkan sendiri. Kalau saya jenis yang ‘lalok’ memang susahlah saya hendak buat persembahan di merata tempat dan masa,” tambahnya lagi

Sumber www.rotikaya.com

"TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENGHIDUPKAN PERKONGSIAN INI"

Tags: ,

Category: Hiburan

Leave a Reply