NGERI!!! KERANA MELAWAN, MUKA GADIS PARAH DITOREH PENYAMUN…

| December 1, 2014 | 0 Comments

wanita cantik ditoreh muka oleh penyamunSeorang gadis mengalami cedera parah di bahagian muka selepas ditoreh dengan pisau oleh penyamun di rumahnya di Sentosa, Wakaf berangan Sri Aman Pasir Puteh.

Kejadian yang berlaku pada jam 1.40 petang itu berlaku apabila mangsa telah ditumbuk dan ditoreh dengan pisau di bahagian muka akibat cuba melawan salah seorang suspek.

Siasatan awal pihak polis mendapati dua suspek telah memecah masuk ke dalam rumah dengan memakai topi keledar untuk mengelakan dicam oleh mangsa.

Muka-Gadis-Parah-Ditoreh-PenyamunSalah seorang suspek menendang pintu bilik air ketika mangsa, Nur Shafiqa sedang mandi. Mangsa ditarik ke ruang tamu dan mendapati ibunya, Hat Tema terbaring di ruang dapur rumah.

Mangsa diminta oleh salah seorang suspek mencabut cincin yang dipakai oleh ibunya. Kemudian, mangsa dibawa masuk ke dalam salah sebuah bilik oleh suspek. Suspek sempat mengambil iPhone 5S milik mangsa. Kemudian suspek membuka seluar dan cuba merogol mangsa namun tidak jadi kerana rakannya yang bersama dengan ibu mangsa memanggilnya.

Namun, suspek masuk semula ke dalam bilik dan menumbuk dan menoreh muka mangsa dengan pisau kerana cuba melawan. Suspek kemudiannya keluar dari bilik dan mangsa dengan segera mengunci pintu bilik serta menjerit dari tingkap meminta bantuan jiran-jiran terdekat.

Dua orang suspek terkejut mendengar jeritan mangsa segera melarikan diri.

Adik mangsa, Nur Shafatini yang turut berada dalam rumah ketika kejadian berada dalam keadaan takut dan bersembunyi di bawah katil ketika suspek menendang pintu bilik. Bagaimanapun, dia sempat menghubungi polis dan pihak ambulan untuk meminta bantuan.

Ibu mangsa mengalami kecederaan di bawah mata sebelah kanan dan luka ditoreh di sebelah pipi kiri kerana cuba melawan. Manakala, Nur Shafiqa cedera di bahagian dahi dan pipi.

wanita di toreh penyamunBarang-barang yang disahkan hilang adalah cincin emas, seutas gelang tangan dan iPhone 5S.

Nur Shafiqa dan ibunya telah dibawa ke Hospital Tengku Anis untuk rawatan sebelum dirujuk ke HUSM untuk rawatan lanjut.

Kedua-dua suspek bercakap dalam bahasa melayu dialek Kelantan namun wajah suspek tidak dapat dicam kerana memakai topi keledar dengan visor gelap.

"TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENGHIDUPKAN PERKONGSIAN INI"

Tags: , , ,

Category: Berita

Leave a Reply