SELEBRITI & KERABAT : NOKTAH PILU, KISAH CINTA MAZWIN HAMZAH @ MAZUIN

| November 29, 2014 | 0 Comments

mazuinWanita dalam gambar ini adalah Mazwin Hamzah bekas Isteri kepada Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisura Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien atau lebih dikenali di Malaysia sebagai Pengiran Sufri.

Sedikit kisah cinta Mazwin dan Pengiran Muda Haji Sufri.

mazuin 2Pertemuan pertama mereka di Vila Cinta Bersemi (kediaman Sufri di Jalan Ampang, Kuala Lumpur) telah memberi kesempatan untuk sama-sama bertentang mata.

Bagaimanapun, itu bukanlah pertemuan rasmi oleh Mazuin tetapi sebaliknya, rombongan artis Malaysia yang menyertai Mekar Sejambak dipelawa untuk bermesra dengan Sufri sebelum rombongan itu dijemput ke Bandar Seri Begawan untuk meraikan baginda sempena majlis ulang tahun kelahirannya pada penghujung Julai 1987.

Rombongan artis Malaysia mendapat layanan yang cukup hebat dan beliau pula sudah tentu mendapat perhatian Sufri yang memastikan sambutan dan layanan kepadanya itu bertaraf lima bintang.

Sebelum beliau dan rombongan artis pulang ke Malaysia, Sufri memberanikan diri untuk mengadakan pertemuan dengan Mazuin yang ditemani ibunya, Maimon.

Di ruang pejabat Istana Nurul Hana, Sufri telah menyuarakan hasrat hatinya untuk meminang Mazuin. Berdasarkan laporan yang dikeluarkan dalam majalah URTV, Sufri terlebih dahulu bertanyakan sama ada beliau mempunyai pilihan hati sebelum meminangnya.

Tergamam dengan pertanyaan oleh Sufri, Mazuin menggelengkan kepala. Maimon yang setia menemani anaknya itu juga ditanya oleh Sufri tentang
kesediaan untuk menerima kehadirannya sebagai menantunya.

Maimon lebih senang membiarkan keputusan itu dibuat oleh Mazuin sendiri kerana berpendapat, pada usia 23 tahun adalah lebih baik jika Mazuin sahaja yang menentukan masa depannya.

Setelah kata sepakat dicapai, selang seminggu selepas pertemuan di Bandar Seri Begawan, Sufri berlepas ke Kuala Lumpur dengan jet peribadinya untuk melamar Mazuin.

mazuin 4

Mazuin 3Mazwin Hamzah berkahwin dengan Pengiran Sufri pada 11.12.1987 dalam usia 23 tahun dan kemudiannya berpisah setelah 17 tahun hidup bersama.

Lain sungguh muka Maziun Hamzah sekarang ni. Gambar ni diambil sewaktu Mazwin Hamzah menghadiri Majlis Istiadat Berbedak Pengantin Diraja yang berlangsung di Balai Singahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman 2 tahun lepas.

SufriDuli Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Haji Sufri berkahwin dengan Pengiran Bini Hajah Faizah Bt Dato’ Haji Nasir pada 1999 sehingga sekarang , Hajah Faziah merupakan ibu saudara selebriti jelita Fazura.

Itu lah kisah Maizun Hamzah yang merupakan salah seorang 8 Kisah hidup selebriti dan kerabat antara dua darjat nanti admin cuba cerita kan kisah hidup selebriti lain pula di entry yang akan datang. Oleh Tiffany HNS Credit kutukandewata,mychannels.org

"TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENGHIDUPKAN PERKONGSIAN INI"

Tags:

Category: Hiburan, Uncategorized

Leave a Reply