BAPA MIA SARA BENGANG “ANAK DIKATAKAN HIPOKRIT” , TUNTUT DI AKHIRAT…

| November 29, 2014 | 0 Comments

mia saraBapa kepada pelakon Mia Sara, Muhammad Ridhuan Muhammad Saleh terkejut dengan gosip yang mengatakan anaknya bersikap hipokrit di dalam ruangan pojok yang ditulis oleh Cik Pang di dalam akhbar harian metro pada 23 November lepas.

Ridhuan berkata, dia berasa pelik dan terkejut kerana ada pihak yang sanggup mengeluarkan gosip sedemikian walaupun Mia baru sahaja berusia sembilan tahun.

“Sebenarnya saya tidak mempunyai masalah atau terkilan dengan gosip yang timbul kerana ia semestinya tidak benar. Rasa kelakar pula, dengan budak kecil yang masih tidak faham apa-apa pun orang nak jadikan bahan gosip.

“Tidak mengapa, orang bercakap, kita yang dapat pahala. Saya akan tuntut di akhirat nanti,” katanya memetik laporan dari mStar Onlinee.

mia sara 1
Ruangan gosip tersebut mendakwa Mia Sarah bersikap hipokrit apabila dia membuat kenyataan mengagumi kejayaan yang dimenangi oleh Balqis yang menang anugerah Pelakon wanita terbaik di Majlis Anugerah Skrin 2014 baru-baru ini walhal semasa bekerja bersama Mia langsung tidak menegur atau bercakap dengan Balqis.

Ridhuan berkata dia memang mengajar Mia untuk kurang bercakap ketika menjalani penggambaran kerana takut ia akan menimbulkan perasaan kurang senang di pihak lain.

“Apabila saya sediakan segala kelengkapan untuk Mia, itu pun dah ada orang bercakap kononnya nampak ‘poyo’. Walhal saya mahu memudahkan lagi perjalanan produksi dan tidak mahu kerana anak saya, orang lain pula bermasalah.

“Pada masa sama saya turut memberitahu Mia untuk tidak banyak bercakap di set dan hanya fokus pada kerja. Dan yang paling penting jangan menyampuk apabila orang sedang bercakap.

"TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENGHIDUPKAN PERKONGSIAN INI"

Tags:

Category: Hiburan

Leave a Reply