NGERI!!! MURID CEDERA PARAH, BAS LANGGAR TRELER

| June 21, 2014 | 0 Comments

Kemalagan bas langgar trelerKeriangan 38 murid bersama empat guru pengiring mereka melawat tempat-tempat menarik selama satu hari di sekitar Kuala Lumpur sejak pagi kelmarin tidak berpanjangan.Ini apabila enam mangsa termasuk dua murid perempuan tahun satu cedera parah apabila bas rombongan yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan di Kilometer 48.2, Lebuh Raya Utara-Selatan, laluan Bukit Gambir-Pagoh di sini awal pagi semalam.

Tragedi kemalangan tersebut berlaku ketika rombongan murid Sekolah Kebangsaan Parit Raja, Batu Pahat itu dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke Batu Pahat dekat sini.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, ketika kejadian pada pukul 1.15 pagi, bas tersebut dipercayai cuba memotong sebuah lori tetapi gagal sebelum merempuh belakang sebuah treler di depannya.

"TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENGHIDUPKAN PERKONGSIAN INI"

Tags: , , , , ,

Category: Berita

Leave a Reply