KALAU TIDAK NAMPAK, “SILA PAKAI KANTA” – CHE TA

| May 20, 2014 | 0 Comments

cheta7Pelakon Rozita Che wan yang lebih mesra dengan panggilan Che Ta ini,dihimpit kontroversi gambar seolah-olah bercium dengan suaminya, Zain Saidin di Paris baru-baru ini,  tampil membuat penjelasan dan menafikan yang mereka berdua bercium.

Berkata kepada Kosmo, Che Ta memaklumkan yang gambar tersebut hanyalah dirinya memandang suami pada jarak dekat. Terang pelakon ini:-

Saya tahu apabila terdapat banyak kritikan mengatakan saya dan Zain bercium. Orang buta kalau lihat gambar itu pun tahu saya tidak bercium. Sebaliknya, kami hanya ambil gambar pandang suami saya dengan jarak yang cukup dekat. Kalau tidak nampak, sila pakai kanta.

rozita-che-wan-3Apabila hampir kesemua gambar yang dikongsi olehnya mendapat kritikan dan kutukan daripad peminat, pasti ada yang menyangka Che Ta akan serik untuk memuat naik lagi gambar dirinya selepas ini. Namun Che Ta menjelaskan yang dia akan terus berkongsi gambar. Kata Che Ta lagi:-

Tidak, sebab itu akaun saya dan hak saya untuk memuat naik sebarang gambar sekalipun. Jika tidak suka mereka ada pilihan untuk tidak mengikut saya di Instagram. Saya sendiri tidak faham kerana kami tidak bercium pun orang boleh bikin kontroversi seperti ini.
Walaupun saya letak gambar biasa atau gambar saya seorang diri, orang yang jenis suka mengata tetap akan mengata. Mulut orang saya tidak boleh tutup. Mereka terlebih prihatin dan tidak ada kerja rasanya. Biarlah orang mahu bercakap apa sekalipun, saya tidak kisah dan emosi tidak terjejas. Saya tetap akan menjadi diri saya sendiri.

Apa-apa pun Che Ta tetap menawan,cantik dan bergaya,walaupun berbadan dua.Semoga kebahagian ini kekal milik Che Ta sekeluarga…Enjoice!!!

"TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENGHIDUPKAN PERKONGSIAN INI"

Tags: , , ,

Category: Hiburan

Leave a Reply