LUAHAN HATI ENOT- RELA JADI IBU TUNGGAL SELAMANYA, DARIPADA…

| May 8, 2014 | 0 Comments

enotPelakon Enot atau nama sebenarnya Alliza Abdullah, berasa serik untuk berkahwin semula selepas gagal dengan dua perkahwinannya yang terdahulu termasuklah melalui pengalaman ‘menanggung suami’.

Tambah Enot , biarlah dia bergelar ibu tunggal kepada dua orang anaknya iaitu Andriana Balqis, 13, dan Ariana Qaseh Qistina, 7, daripada menjadi isteri yang terpaksa bekerja untuk suami.

“Saya harap sangat agar tidak berkahwin lagi. Saya lebih rela menjadi ibu tunggal selamanya daripada menanggung suami.

“Apa yang membuatkan saya serik ialah kedua-dua perkahwinan saya yang terdahulu mempunyai masalah yang sama. Sebab itu saya fobia dan serik,”

Bagaimanapun, tambah Enot juga, dia akan menerima takdir sekiranya diberi peluang untuk berkahwin buat kali ketiga.

“Tetapi kalau nak tahu, jika mana-mana lelaki yang cuba dekat dengan saya, cepat-cepat saya akan elak.

“Tak pun… saya cuba melakukan perangai buruk agar ia dapat memberi persepsi negatif mengenai diri saya,”

Sementara itu, Enot turut menasihatkan kepada semua golongan wanita supaya berhati-hati dalam memilih suami.

“Saya nasihatkan, carilah lelaki yang bukan sekadar menyayangi kita tetapi mempunyai kewangan kukuh.

“Tak perlu nak kaya, asalkan mereka rajin dan mampu menanggung kita, cukuplah,”

Dalam perkembangan lain, Enot turut memberitahu dia kini sedang menghidap kanser usus tahap dua dan kini sedang menjalani rawatan secara tradisional.

"TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENGHIDUPKAN PERKONGSIAN INI"

Tags: , ,

Category: Hiburan

Leave a Reply