PUNCA LELAKI BERUSIA 60 TAHUN DITEMUI MATI, DISEBUAH HOTEL ‘TERJAWAB’?

| March 16, 2014 | 0 Comments

kes kematian ngeriSemalam Sinar Harian melaporkan lelaki berumur 60 tahun yang ditemui mati dalam  bilik tingkat empat sebuah hotel di bandar raya,mangsa berasal dari Kuala Lumpur, berada dalam keadaan terlentang dan kedua-dua belah kaki diikat menggunakan tali kasutnya sendiri di bahagian buku lali.

Mangsa ditemui petugas hotel dalam keadaan berpakaian lengkap dengan berseluar pendek dan kemeja T.

Polis hanya menjumpai ubat kencing manis dan tiada sebarang benda mencurigakan di bilik berkenaan.

Hasil bedah siasat mendapati lelaki berumur 60 tahun yang ditemui mati dalam keadaan terlentang dengan kaki terikat di bilik tingkat empat sebuah hotel di bandar raya ini petang kelmarin mempunyai kesan jerut pada lehernya.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, punca kematian mangsa yang juga ejen pelancongan itu adalah kerana sesak nafas.

“Ia diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan,”

"TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENGHIDUPKAN PERKONGSIAN INI"

Tags: , ,

Category: Sosial

Leave a Reply