PASANGAN PELAWAK,PENGACARA TEMPATAN HIDUP MACAM LAKI BINI ‘TERSEBAR’?

| March 16, 2014 | 0 Comments

pengacara popularApabila suka bertukar benci, mulut pun menjadi ringan untuk mengata dan menjaja cerita buruk. Itu yang berlaku kepada seorang pengacara muda ini yang dikatakan hangat menjalin hubungan cinta dengan pelawak baru hendak mencipta nama.

Baru-baru ini sewaktu rakan kita bertemu pengacara itu, sempat juga dia bertanya perkembangan hubungannya dengan pelawak terbabit.

Namun jawapan diberi mengejutkan apabila dia menjelaskan, kebelakangan ini mereka jarang bertemu.

Adakah mereka tidak lagi bercinta dan ibarat judul lagu Erra Fazira, Yang Indah Hanya Sementara.

Begitupun, dia enggan mengulas lanjut.

Namun, yang ingin kita ceritakan bukan perihal hubungan mereka yang ibarat perahu dilambung ombak, sebaliknya cerita buruk dibuat pelawak itu mengenai pengacara terbabit.

Patutlah sebelum ini banyak cerita tidak sedap disebarkan pelawak itu membabitkan pengacara terbabit, rupa-rupanya hubungan mereka bergolak.

Lebih membuatkan kita rasa terkejut apabila pelawak ini bercerita dengan orang keliling bahawa sepanjang berhubungan, dia dan pengacara itu hidup seperti suami isteri.

Alah, awak sendiri tahu apa yang kita maksudkan.

Bayangkan macam mana kita tahu kerana ada yang bercerita dengan kita yang pelawak itu berkata, dia sudah rasa semua yang ada pada pengacara itu, termasuk depan dan belakang.

Kita hanya mampu menggeleng kepala mendengar cerita yang turut tersebar dalam kalangan teman rapat mereka. myMetro

"TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENGHIDUPKAN PERKONGSIAN INI"

Tags:

Category: Hiburan

Leave a Reply