AL-FATIHAH : BAPA ANIS ANEESA ‘MENINGGAL DUNIA’, DALAM KERETA!

| October 11, 2013 | 0 Comments

arwah ayah anis aneesaPenyanyi Anis Aneesa  atau nama sebenarnya Nuranishazwani Mushidi, tidak dapat melupakan detik-detik terakhir apabila bapanya, Mushidi Desa, 52, meninggal dunia di dalam kereta tanpa disedari ketika dalam perjalanan mendapatkan rawatan di hospital Selayang pada 1 September lalu.

Tambah Anis , sebelum kematian, Allahyarham meminta Anis membawanya ke hospital untuk menambah darah dalam badan kerana masalah penyakit gout yang dihidapi.

“Ayah saya memang sudah lima tahun menghidapi penyakit gout tetapi tidaklah begitu serius. Permintaannya untuk ke hospital bagi menambah darah juga adalah perkara normal yang sering dibuat”

“Ketika dalam perjalanan saya duduk di hadapan dan ibu yang memandu, dan ketika itu tidak terdetik pun nak menjenguk ke belakang sepanjang perjalanan kami sehingga kami tidak sedar ayah sudah tiada”

“Ketika sampai di hospital, badan ayah dah ‘kejung’ dan jururawat mengesahkan ayah dah meninggal dunia,”

Tambah Anis, kematian itu membuatkan dia dan ibunya, Sharifah Yunus, 49, benar-benar terkejut malah ibunya juga masih sukar menerima kenyataan kehilangan itu.Bagaimanapun selepas beberapa minggu, kata Anis, dia dan ibunya kembali tenang dan reda atas dugaan yang berlaku.

Tahziah buat Anis dan keluarga,semoga roh arwah aman disana.

AL-FATIHAH

AL FATIHAH

"TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENGHIDUPKAN PERKONGSIAN INI"

Tags: , , , ,

Category: Hiburan

Leave a Reply