JANGAN BUAT FITNAH! SAYA SUDAH LAMA MAAFKAN MEREKA? – SHARNAAZ

| October 3, 2013 | 0 Comments

sharnaazPelakon kelahiran Pulau Pinang, Sharnaaz Ahmad, enggan dikaitkan lagi dengan Shilla Amzah, bagaimanapun menyuarakan kekesalannya dan menyifatkan Shila cuba memfitnahnya.

Pengakuan Shila menerusi laman sosialnya, yang secara tidak langsung mengheret sama nama bekas kekasihnya, Sharnaaz yang sememangnya dikenali dengan sikap baran itu:-

Tweet yang berbunyi, ‘Takut nak tengok Bencinta. Tapi teringin nak tengok Kak Nora berlakon macam tu. Takut terbayang-bayang. Been there. Esoklah gagahkan diri..’ oleh Shila di laman Twitternya itu ternyata menimbulkan pelbagai tanda tanya apatah lagi dia turut mengakui pernah mengalami situasi seperti dalam filem berkenaan dan masih trauma dengan keadaan tersebut.

Luahan Sharnaaz : Kalau tak puas hati, datang jumpa saya. Tak guna cakap belakang-belakang. Orang yang cakap belakang-belakang ini menggambarkan kebodohan mereka sendiri.

Dalam pada itu, Sharnaaz berkata, berkata, dia sebenarnya sudah lama memaafkan ‘mereka’. Tapi saya tak tau bagaimana pula di sebelah sana. Saya juga malas nak ambil tahu lagi mengenai mereka lagi. Lagipun buat masa ini, saya hanya fikir kerja. Tegas Sharnaaz, dia juga tidak menyimpan sebarang dendam terhadap Shila mahupun pada seluruh keluarganya.

Dalam perkembangan lain, Sharnaaz yang sering memainkan watak antagonis dalam setiap lakonannya, kini sibuk dengan penggambaran drama 13 episod, Baby Yana untuk tayangan RTM. Selain itu dia turut membintangi filem Dollah Superstar di samping Awie dan Fizz Fairuz.

"TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENGHIDUPKAN PERKONGSIAN INI"

Tags: , , , , , , ,

Category: Uncategorized

Leave a Reply