GAMBAR SEKITAR MAJLIS PERNIKAHAN ADAM AF DAN FIZA ELITE

| September 26, 2013 | 0 Comments

adam af dan fiza eliteTahniah diucapkan pada  Adam atau Mohd Aizam Md Saman dan juga Fiza atau Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim , yang sudah sah bergelar suami isteri pagi tadi.

Dengan mas kahwin bernilai RM300, mereka berdua telah selamat diijabkabulkan oleh Pendaftar Nikah Daerah Petaling, Suhaimi Ahmad Wakid serta berwakil bapa pengantin perempuan, Abdul Halim di Bangunan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) , Shah Alam.

Keduanya mula menjadi bahan bualan peminat apabila Adam menerusi sebuah kenyataannya mengaku bakal menikahi Fiza pada hari Selasa lepas (24 September). Ini sekaligus mengejutkan seluruh industri hiburan kerana sebelum ini mereka berdua tidak pernah digosipkan bersama.

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada pasangan Adam dan Fiza,semoga bahtera yang dibina ini akan terus bahagia kekal keakhir hayat..Enjoice!!

"TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENGHIDUPKAN PERKONGSIAN INI"

Tags: , , , , , ,

Category: Hiburan

Leave a Reply