ISTERI BLACK MENTOR KHABARNYA SEORANG JANDA?

| September 18, 2013 | 0 Comments

Gambar-Sekitar-Majlis-Pernikahan-Black-Mentor-Chira-KhairiPenyanyi  Black Hanifah,  pelik dan hairan tatkala diajukan soalan tentang status isterinya yang dikhabarkan seorang janda, sebelum gadis pilihan hatinya itu disahkan menjadi isterinya pada 13 September lepas.

Bercakap kepada murai.com,Black berkata, kenapa nak tanya soalan begini kepada saya? Soalan ini tidak masuk akal langsunglah. Isteri saya bukanlah seperti yang dikhabarkan.

Dalam pada itu, Black juga memberitahu, Cira bukanlah anak saudara kepada Umie Aida tetapi dia adalah anak saudara kepada suami Datin Umie Aida iaitu Dato’ Paduka Khairuddin Abu Hassan.

Tambah Black, walauapa pun, saya bersyukur segalanya berjalan lancar.

Dalam perkembangan lain, Black kini bercuti dari nyanyian sehingga penghujung September ini.Selain itu, Black juga belum mempunyai pilihan yang pasti,untuk destinasi bulan madu. Sebaliknya, selepas majlis yang diadakan selama tiga hari berturut itu, Black bakal ke Langkawi untuk berehat saja dan bukannya berbulan madu.

Diharap dengan penjelasan Black ini dapat merungkai persoalan yang ditimbulkan mengenai status isterinya.Apapun, tahniah dan selamat pengantin baru buat Black dan pasangannya,semoga ikatan sah ini kekal ke akhir hayat.. Aminn.

Jom kita layan gambar sekitar majlis pernikahan Black dan Cira :-

GAMBAR SEKITAR MAJLIS PERNIKAHAN BLACK MENTOR DAN YASIRA

 

"TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENGHIDUPKAN PERKONGSIAN INI"

Tags: , , , , , , ,

Category: Hiburan

Leave a Reply