TAHNIAH : WAN SAKINAH (ISTERI KEDUA ASHRAF MUSLIM) KINI SAH HAMIL 6 MINGGU

| September 17, 2013 | 0 Comments

wan sakinahSebelum ini khabar angin yang bertiup kencang di laman-laman sosial mengenai isteri kedua Ashraf Muslim iaitu Wan Sakinah Ahmad Saburi yang sudah hamil, nyata benar.

Menurut akhbar Sinar Harian, sebuah portal hiburan telah memaparkan gambar asid folik yang dipetik daripada akaun Instagram isteri pelakon itu.

Gambar tersebut, menimbulkan persepsi tentang status kehamilan beliau.

Bagaimanapun, semalam satu laporan akhbar tempatan telah melaporkan kehamilan Wan Sakinah telah mencecah enam minggu.Melalui laporan itu juga, Wan Sakinah mengalami alahan yang teruk termasuk sakit kepala, muntah dan hilang selera makan.

Tahniah diucapkan kepada Asraf Muslim dan pasangan.

"TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENGHIDUPKAN PERKONGSIAN INI"

Tags: , ,

Category: Hiburan

Leave a Reply