LEINA HANGAT TEKAD UNTUK TERUS BERTUDUNG

| September 16, 2013 | 0 Comments

leina hangatPenyanyi Leina Hangat atau nama sebenarnya, Norazlina Abdul Rahman, mengakui tidak mahu melihat gambar-gambar lamanya yang berpakaian seksi selepas tekad untuk berhijab dan berubah menjadi lebih baik.Tambah Leina , dia enggan menoleh ke belakang dan mahu memulakan kehidupan baru yang lebih diredhai.

Luahan Leina Hangat : Saya tidak pernah tengok gambar lama, jika orang masih bercakap fasal gambar-gambar seksi saya biarlah, itu zaman jahiliah dan saya jadikan ianya sebagai renungan untuk menjadi lebih baik.Semua yang terjadi dalam hidup kita ada hikmahnya, saya tidak kisah orang anggap saya tidak sempurna, asalkan saya cuba jadi yang terbaik demi Allah taala.

Dalam pada itu, Leina berkata, dia mula berubah pada Ogos lalu selepas menghadiri kursus keagamaan yang membuatkan hatinya terdetik untuk bertudung dan menjalankan tanggungjawab kepada agama.

Saya akui bukan senang untuk berubah secara drastik tapi perkara pertama yang saya jaga ialah untuk tidak tinggal sembahyang dan sebab itu juga saya lama tidak jumpa kawan-kawan.Alhamdulillah, saya rasa lebih tenang dan lebih menghargai kehidupan saya sekarang.

Dalam perkembangan lain, jelas Leina, dia masih lagi meneruskan kerjaya sebagai penyanyi, namun kini lebih menjaga batas sebagai seorang yang berhijab.

"TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENGHIDUPKAN PERKONGSIAN INI"

Tags: , , , , , , , , , ,

Category: Hiburan

Leave a Reply