EKSKLUSIF!!! KENYATAAN HANS ISAAC | TUDUHAN PRODUSER PENGECUT

| August 21, 2013 | 0 Comments

gambar-hans-isaac-terkiniPenerbit filem Hans Isaac atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac, bukan menepis tuduhan kononnya dia produser pengecut kerana enggan menerbitkan filem selepas kegagalan karya terbaharunya Lemak Kampung Santan.Tambah Hans , selama ini penerbit-penerbit filem sering dilanda pelbagai masalah bukan sahaja kerana mendapat kutipan filem yang rendah tetapi juga isu-isu sistem penayangan di pawagam yang dirasakan perlu dirombak semula.

Bercakap kepasa Mstar Online, Hans Isaac berkata, Orang luar tidak akan tahu bagaimana susahnya kami (pihak penerbit) berusaha untuk selamatkan industri perfileman walaupun pada dasarnya ia sukar mendapat pulangan yang memberangsangkan.Tetapi apabila orang memberi respons negatif kononnya saya enggan bikin filem lagi kerana takut filem gagal, itu tuduhan mengarut.Sebelum ini banyak filem saya gagal tetapi saya tetap teruskan terbit filem. Dan sayang sekali sistem penayangan filem kita tidak pernah diperbetulkan sejak dahulu lagi.

Luahan Hans Isaac : Pada minggu lalu Hans telah meluahkan perasaan menerusi Twitter yang dia enggan menerbitkan filem lagi selepas Lemak Kampung Santan hanya mengutip RM100,000 dan telah ditarik daripada tayangan selepas empat hari di pawagam.Sudah tiba masanya pihak bertanggungjawab melakukan sesuatu untuk memperbetulkan sistem wajib tayang yang sebenarnya telah menyusahkan pihak penerbit.Selagi sistem penayangan filem tempatan kita tidak diperbetulkan, saya tidak akan menghasilkan filem lagi.Jika anda perasan, pengarah seperti Erma Fatima, Aziz M Osman dan Afdlin Shauki tidak lagi menghasilkan filem kerana mereka serik dengan sistem yang ada.Lebih baik kita terbitkan bidang seni lain seperti teater atau drama. Semua orang akan menonton.Dan jika sistem sudah diperbetulkan, laku atau tidak saya akan kembali menghasilkan filem macam biasa.

Dalam perkembangan lain, Hans menerusi syarikat produksinya Tall Order Productions bakal muncul dengan sebuah karya bercirikan autobiografi mengenai legenda pemain bola sepak negara, Mokhtar Dahari, berjudul SuperMokh The Musical dan Lawak Ke Der 3 yang bakal dipentaskan di Istana Budaya.

"TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENGHIDUPKAN PERKONGSIAN INI"

Tags: , , , , , , ,

Category: Hiburan

Leave a Reply