TUNANGAN ORANG BUKAN ALASAN UNTUK MENGHABISKAN MASA BERSAMA – DIANA AMIR

| August 20, 2013 | 0 Comments

diana amirPelakon Diana Amir atau nama sebenarnya, Nurdiyana Amir Hashim, mengakui selesa jarang bertemu dengan tunangnya iaitu seorang petugas di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Merbok, Kedah iaitu Mohd Habibbullah A Rahman agar tidak berlaku fitnah.

Tambah Diana, status mereka sebagai tunangan orang bukanlah alasan untuk mereka sentiasa menghabiskan masa bersama sebaliknya harus menjaga batasan sehinggalah mempunyai ikatan yang sah.

Bercakap kepada Mstar Online, Diana turut memberitahu, memang kami jarang berjumpa dan rasanya lebih baik begitu bagi mengelakkan sebarang fitnah dan pada tahap ini batas-batas pergaulan perlu dijaga.Kami tiada masalah tentang perkara itu malah lebih selesa tidak terlalu kerap berjumpa dan hanya akan bertemu sekiranya mempunyai urusan.

Dalam pada itu, Dianajuga memberutahu, mereka masih belum menetapkan sebarang tarikh kerana sibuk dengan urusan kerja masing-masing.Bagaimanapun, mereka akan tetap berkahwin pada tahun ini dan akan berbincang mengenai soal itu dalam masa terdekat.

Luahan Diana Amir : Sepatutnya kami berkahwin setahun selepas bertunang namun kesibukan dengan kerjaya masing-masing telah menyebabkan ia tertangguh. Pun begitu, kami tetap akan berkahwin dalam tahun ini dan Insya-Allah kami akan beritahu perkara baik itu kepada semua nanti.

Untuk makluman,Diana dan Mohd Habibbullah mengikat tali pertunangan pada September tahun lalu dalam satu majlis tertutup di rumah keluarga pelakon itu.

"TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENGHIDUPKAN PERKONGSIAN INI"

Tags: , , , , , , , ,

Category: Hiburan

Leave a Reply