ABBY ABADI DAN SUAMI EDAR KAD UNDANGAN KE MAJLIS PERSANDINGAN

| August 5, 2013 | 0 Comments

ABBY ABADI DAN SUAMI EDAR KAD UNDANGAN KE MAJLIS PERSANDINGAN

ab

Sejak melangsungkan pernikahannya dengan suaminya yang dikenali sebagai Farhan pada awal bulan Ramadhan, bekas pelakon dan penyanyi kumpulan Elite, Abby Abadi ternyata kelihatan begitu ceria dan gembira dengan kehidupan barunya. Nampaknya, perkahwinannya kali ini begitu membahagiakannya. Hal ini dapat dilihat menerusi foto-foto bahagia keluarganya yang telah dikongsi bersama peminat menerusi laman Instagram. Kebahagiaan ini turut dirasai  oleh anak-anaknya terutama anak bongsunya, Maria Danisha Hakim atau lebih mesra disapa sebagai Baby juga dilihat sangat mesra dan manja dengan jejaka pilihan ibunya itu. Melihatkan keletah anak bongsunya itu,  Abby telah berjenaka dan memuat naik status dilaman sosialnya yang berbunyi:

abby2

Kini, Abby Abadi telah berkongsi sekeping foto yang menunjukkan dia dan suami tercinta, Muhammad Noor Farhan Che Bakar sedang sibuk mengedar kad undangan majlis persandingannya.

abby

abby1

Untuk makluman, majlis persandingan pasangan ini akan diadakan di rumah pihak perempuan di Kuala Lumpur pada 31 Ogos, manakala majlis pihak lelaki akan diadakan pada 6 September depan di Tumpat, Kelantan.

"TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENGHIDUPKAN PERKONGSIAN INI"

promosi Pakej Set Mini Pelamin Tunang RM 850 sahaja (sah sehingga akhir bulan)

Tags:

Category: Hiburan

Leave a Reply