JULIE DAHLAN MENGIDAP SAKIT BUAH PINGGANG SEJAK 2 BULAN YANG LALU…

| July 4, 2013 | 0 Comments

JULIE DAHLAN MENGIDAP SAKIT BUAH PINGGANG SEJAK 2 BULAN YANG LALU…

julie dahlan

Produser filem dan pelakon, Julie Dahlan, mengesahkan dia kini menghidap penyakit buah pinggang sejak dua bulan lalu. Malah, dia kini atas nasihat doktor terpaksa menjalani rawatan dialisis setiap tiga kali seminggu di hospital.

Luahan Julie Dahlan: Sebenarnya saya sudah lama tidak keluar dan aktif melakukan aktiviti seni seperti dulu, lebih-lebih lagi selepas disahkan doktor menghidap penyakit buah pinggang ini. Saya dinasihatkan doktor untuk ke hospital setiap 3 kali seminggu untuk mencuci darah (rawatan dialisis) sejak menghidap penyakit ini. Saya memang sudah tidak sekuat dulu, malah mata pun sudah tidak berapa nampak. Doktor juga nasihatkan saya untuk berehat dan berpantang daripada makan makanan seperti makanan laut serta minum dan makan mengikut sukatan yang ditetapkan.Tambah Julie Dahlan, bukan sahaja dihidap penyakit buah pinggang, malah sejak berusia pertengahan 50-an, Julie Dahlan akui dia sudah pun menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi yang kini cukup melengkapi penyakit 3 Serangkai.Walaupun pahit untuk menerima kenyataan itu, namun Julie Dahlan berkata dia perlu kuat untuk melawan penyakit yang dihidapnya.Bohonglah , kalau saya kata saya tidak pernah rasa down atau sedih, tetapi saya kuatkan juga dan perlu tabah menghadapi kenyataan ini. Namun saya lebih kuat apabila punya anak-anak yang sentiasa berada disamping saya. Malah, mereka banyak beri kekuatan kepada saya.

“Admin harap Julie Dahlan tabah mengharunginya dengan tenang”

"TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENGHIDUPKAN PERKONGSIAN INI"

promosi Pakej Set Mini Pelamin Tunang RM 850 sahaja (sah sehingga akhir bulan)

Tags:

Category: Hiburan

Leave a Reply