TAHNIAH : ZAHID AF DAN SARAH SELAMAT DIIJABKABULKAN

| June 8, 2013 | 0 Comments

artis,selebriti,majlis pernikahan zahid af,artis nikah 2013,perkahwiman artis 2013Penyanyi dan penyampai radio ERA fm, Zahid AF atau nama sebenarnya Ahmad Zahid Baharuddin,selamat bergelar suami kepada Sarah Julifa Isa, apabila mereka diijabkabulkan dengan sekali lafaz.

Zahid AF dan Sarah selamat dinikahkan oleh jurunikah Tuan Haji Jaafar bin Haji Puteh di Masjid Daerah Sultan Idris Shah II, Teluk Intan sekitar jam 3.30 petang hari ini.

Bercakap kepada  mStar Online , Zahid AF memberikan beliau memilih Sarah sebagai teman hidup kerana wanita itu telah berjaya membuat hidupnya kini lebih teratur dan ianya satu kualiti yang baik.

Luahan Zahid AF : Saya seorang yang ringkas dan tidak terlalu memandang serius pada sesetengah perkara dan kehadiran Sarah telah banyak mengubah diri saya supaya lebih berdisiplin terutama dalam soal masa dan pengurusan wang.

Pasangan ini akan melangsungkan majlis resepsi pertama mereka esok manakala 15 Jun 2013 akan diadakan majlis sambut menantu di sebelah keluarga Zahid AF yang juga akan diadakan di Teluk Intan, Perak.

Tahniah buat Zahid AF dan Sarah serta keluarga kedua dua belah pihak. Semoga bahagia hingga ke syurga.

"TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENGHIDUPKAN PERKONGSIAN INI"

promosi Pakej Set Mini Pelamin Tunang RM 850 sahaja (sah sehingga akhir bulan)

Tags: , , , , , ,

Category: Hiburan

Leave a Reply