SAYA DIPERGUNAKAN DALAM MASTERCHEF SELEBRITI MALAYSIA 2 – ZAIN SAIDIN

| April 30, 2013 | 0 Comments

zain saidinPelakon Zain Saidin, merupakan antara peserta kedua yang tersingkir dari program Masterchef Selebriti Malaysia musim kedua , tampil membela diri terhadap kontroversi dalam MSM 2.Malah, menurut Rozita Che Wan juga peserta MSM 2, banyak babak dari rakaman penuh telah dipotong oleh produksi MasterChef Selebriti 2 untuk menampakkan Zain Saidin sebagai watak jahat dalam ‘drama’ ini.

Luahan Zain Saidin : Saya dipergunakan dan dijadikan watak jahat dalam drama ini. Saya akui, rancangan ini separuh real, separuh drama. Namun, banyak kata-kata pedas juri dibuang dan kelantangan saya menyerlah.Saya tidak kecewa apabila disingkirkan kerana saya tahu setakat mana kemampuan saya, namun saya tidak suka bila ada unsur ketidakadilan dalam pertandingan.Tambah Zain Saidin, beliau didesak oleh pihak produksi untuk menyertai MasterChef Selebriti 2 kerana kisah percintaan beliau dan Che Ta yang memang hangat diperkatakan peminat.Saya memang tak nak masuk MSM 2 kerana saya tiada kemahiran memasak. Mereka mahu saya masuk kerana kisah percintaan saya bersama Che Ta.

Bagaimanapun, beliau juga mengakui sudah berdamai dengan Chef Adu, Chef Jo dan Chef Zubir.

"TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENGHIDUPKAN PERKONGSIAN INI"

promosi Pakej Set Mini Pelamin Tunang RM 850 sahaja (sah sehingga akhir bulan)

Tags: , , , ,

Category: Hiburan

Leave a Reply