PUTERI SARAH JALINKAN HUBUNGAN CINTA DENGAN SYAMSUL YUSOF – AMMAR ALFIAN

| April 29, 2013 | 0 Comments

Terbaru, Disebabkan bosan dengan sikap pelakon Puteri Sarah Liyana yang dikatakan sering memburukkan namanya di media serta krew-krew produksi lain, pelakon dan model Ammar Alfian Aziz mendedahkan yang bekas kekasihnya itu kini sebenarnya sedang menjalinkan hubungan dengan pengarah filem popular Syamsul Yusof.

Luahan Ammar kepada sebuah portal : Dia berasa pelik kenapa bekas kekasihnya itu, merahsiakan hubungan tersebut selain mendakwa dirinya masih solo sedangkan mereka sudah menjalinkan cinta sejak Oktober tahun lalu.Mereka mula akrab sejak Oktober 2013 dan kami putus pada Disember 2013. Dia cakap dirinya solo tetapi sebenarnya tidak. Tanyalah Datuk Yusof Haslam (bapa Syamsul) tentang hubungan mereka dan lihatlah apa jawapannya.Tambah Ammar, sepatutnya selepas bertukar imej dengan bertudung, Puteri Sarah tidak wajar menceritakan perihal peribadi selain memburuk-burukkan perhubungan mereka dahulu.Sebagai wanita yang sudah berubah menjadi Islam yang lebih baik, rasanya tidak elok jika dia nak memburukkan sesiapa sahaja termasuklah saya. Bagaimanapun saya dah lali kerana sepanjang kami bersama pun dia sering memburukkan saya.Cuma ada juga apa yang Sarah cakap itu betul, hubungan kami sebelum ini macam buang masa. Saya sebelum ini saya sanggup bekerja keras dan menyimpan duit untuk berkahwin dengannya, tetapi lain pula jadinya. Dia tidak nampak apa yang telah saya buat untuknya.

Dalam perkembangan lain, Ammar mengakui dia kini sudah pun menjalinkan hubungan cinta baru dengan seorang model yang dikenali dengan nama Shella.

"TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENGHIDUPKAN PERKONGSIAN INI"

promosi Pakej Set Mini Pelamin Tunang RM 850 sahaja (sah sehingga akhir bulan)

Tags: , , , ,

Category: Hiburan

Leave a Reply

Sex Chat Live Jasmin WP-Clear 3.0 Theme