NABILA HUDA DAN NAS-T KINI BERCINTA | SEDIA MENDIRIKAN RUMAH TANGGA

| April 6, 2013 | 0 Comments

nabila huda dan nas-tPelakon Nabila Huda juga lebih selesa dipanggil Abil, dilihat semakin akrab dengan seorang DJ dan pelakon Nas-T atau nama sebenarnya Nas Muammar Zar, menerusi laman sosial Instagramnya menjadi tanda tanya sejauh mana hubungan mereka.Bagaimanapun, Nabila akui dia kini sedang menjalin hubungan lebih serius dengan Nas-T.

Luahan Abil : Kami merupakan sahabat baik yang ingin membawa hubungan ini ke peringkat seterusnya. Saya sudah mengenali Nas-T sejak zaman remaja kami lagi. Namun, pada waktu itu tidak pernah terlintas untuk bersama. Hubungan ini terjalin secara tiba-tiba tanpa kami sedari.Tambahnya, mereka mula menyedari bahawa masing-masing menyimpan perasaan antara satu sama lain apabila Abil harus ke Brunei selama tiga hari.Waktu saya ke Brunei, entah kenapa rasa seperti kehilangan. Rupanya Nas-T juga merasakan hal yang sama.Malah,  Abil turut akui bahawa dia dan Nas-T ‘sekepala’ dan hal itu membuatkan Abil merasa senang dan selesa ketika bersama Nas-T.Saya bukan senang nak jatuh cinta tapi sifat Nas-T yang begitu menyenangkan dan ‘cool’ membuatkan saya tertarik dengan dia. Saya tidak suka orang yang mengongkong hidup saya dan sebagainya. Tapi Nas-T begitu memahami saya.Dalam sesuatu hubungan, komunikasi itu penting. Saya sangat bahagia ketika bersama Nas-T kerana pasti ada saja benda yang ingin dibualkan. Lagi-lagi kami berdua memang banyak cakap dan masing-masing ‘kepala gila’.

Berbicara mengenai perkahwinan pula, mereka sentiasa bersedia untuk mendirikan rumah tangga. Namun pasangan itu belum terfikir untuk berkahwin dan tidak mahu terburu-buru di dalam perhubungan mereka.

“Tahniah diucapkan kepada Abil dan Nas-t,semoga niat murni ini dimakbulkan..Amin”

"TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENGHIDUPKAN PERKONGSIAN INI"

Tags: , ,

Category: Hiburan

Leave a Reply