JAAFAR ONN BAKAL NIKAH IBU TUNGGAL

| March 29, 2013 | 0 Comments

jaafar onnAkhirnya, hasrat Jaafar Onn untuk bernikah dengan mencari bakal isteri menerusi medium Facebook menjadi kenyataan apabila pelakon itu bertemu dengan seorang ibu tunggal yang sudah lama terpisah.Tambah Jaafar, sebelum ini dia ada membuat gimik di laman tersebut untuk mencari jodoh dan tidak menyangka bertemu kembali dengan wanita yang juga usahawan berusia 37 tahun menerusi laman sosial berkenaan

Luahan Jaafar Onn : Sebenarnya saya nak cari jodoh di Facebook hanya satu gimik tetapi kuasa Allah telah menemukan saya kembali dengan wanita yang terputus hubungan sebelum ini.Saya memilih untuk bernikah sebelum bulan Ramadan tahun ini.Tambahnya lagi, beliau tidak menyangka menerima 1,000 pelawaan daripada wanita yang sudi berkahwin dengannya.Namun, ramai di antara mereka mempunyai niat tidak baik dan ingin mengambil kesempatan terhadap popularitinya sebagai seorang selebriti.Dalam pada itu, Tak kurang juga yang memberi kata-kata penghinaan tentang hasrat saya tetapi saya tidak terlalu memikirkannya kerana yakin sudah tiba masanya saya berkahwin.Beliau mengambil keputusan untuk berkahwin pada usia 62 tahun kerana selesa dengan perwatakan wanita yang berasal dari Ipoh, Perak itu.Pada usianya sekarang dia memerlukan seorang teman bagi berkongsi susah senang bersamanya.Saya tertarik dengan sikapnya yang suka membantu, bertanggungjawab dan memahami kerjaya saya sebagai seorang artis.Bagaimanapun masih belum bersedia mendedahkan nama wanita berkenaan namun memberitahu dia berstatus ibu tunggal.Saya telah pun menemui ibu dan bapanya dan mereka tiada halangan untuk kami berkahwin malah keluarga saya juga gembira dengan perkhabaran ini.

 

Sementara itu, Jaafarjuga berasa bersyukur apabila pelbagai pihak tampil untuk memberikan tajaan untuk hari bahagianya itu nanti.Rezeki saya murah apabila ramai yang nak taja perkahwinan saya seperti pelamin, baju dan percutian bulan madu dan saya sangat terkejut namun berbesar hati.

"TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENGHIDUPKAN PERKONGSIAN INI"

promosi Pakej Set Mini Pelamin Tunang RM 850 sahaja (sah sehingga akhir bulan)

Tags: , , ,

Category: Hiburan

Leave a Reply