TERPAKSA TOLAK TAWARAN BERLAKON DRAMA | DEMI MENJAGA EKSKLUSIF PESONA BINTANG LAYAR LEBAR – SITI SALEHA

| March 27, 2013 | 0 Comments

siti saleha,nora elenaPelakon yang mula mencipta nama menerusi drama bersiri ‘Nora Elena’ Siti Saleha, akan mengehadkan diri untuk tidak membintangi drama, demi menjaga ‘eksklusif’ pesona bintang layar lebar?Tegas Saleha, dia tidak akan meninggalkan drama dan juga iklan komersial kerana sedar dirinya lebih dulu dikenali dalam dua medium itu.

Luahan Siti Saleha : Cuma dua tahun lalu saya sibuk menjayakan enam filem sehingga terpaksa menolak tawaran berlakon drama. Peminat bertanya mengapa saya tiba-tiba senyap. Maklumlah hendak menunggu tayangan filem mengambil masa.Disebabkan itu, mereka berasakan saya seperti mahu meninggalkan drama. Cuma sekarang, saya harus pandai mengimbang­kan pembabitan di televisyen mahupun layar lebar.Dalam merencana kerjaya lakonan, terutama membabitkan filem, Saleha juga menegaskan, tentu dia akan memilih setiap kali diberi tawaran untuk membinta­ngi filem.Tambah Saleha, berlakon filem tidak boleh main-main kerana ia selalunya menjadi bahan perbincangan. Penonton akan menganalisis pada sudut penceritaan, lakonan mahupun teknikal. Ia berbeza apabila muncul dalam drama.Kritikan diterima filem Kerat 14 sebelum ini sedikit sebanyak menimbulkan kebimbangan Saleha.Jika filem itu tidak mencatat kejayaan, dikhuatiri ia memberi kesan kepada filem lakonannya selepas ini.Sebagai orang baru, Saleha akui kutipan diperoleh filem pertama lakonannya melegakan. Sepanjang ia ditayangkan, dia tidak dengar orang me­ngutuk cara lakonannya.Memang saya gementar, terutama selepas menerima maklum balas daripada teman media mahupun peng­kritik filem. Kebanyakan mereka memberi penekanan terhadap jalan cerita. Saya dan Aaron melaksanakan tugas dengan baik dan kutipannya juga melebihi RM1 juta.Saleha juga akui lakonan dalam filem mampu memberi kesan besar kepada kerjaya seni memandangkan penonton akan menilai secara keseluruhan.Namun pada waktu sama, jika hasil kerja diberikan bagus, mereka akan memberi penghargaan walaupun jalan ceritanya tidak kuat.Saya tidak rasa filem ­Kerat 14 akan meninggalkan kesan negatif memandang­kan tidak banyak kritikan negatif diberikan media terhadap karya arahan Arjin Uppal itu sebaik ia ditayang­kan.Malah, saya yakin ia menjadi permulaan baik dan bakal memberi impak positif terhadap filem lakonan saya yang bakal ditayangkan selepas ini.

“Satu tindakan yang betul ,bagi menyusuri arus perubahan dalam pelbagai bidang diceburi.Seandainya kita takut untuk berubah mengikut perubahan semasa, kita akan ditenggelamkan dalam arus perubahan dan kita sentiasa akan menyalahkan perubahan dan tidak henti-henti menyalahkan perubahan tersebut,sedangkan kita tahu perubahan itu kadang-kadang baik untuk kita dan semua insan”

"TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENGHIDUPKAN PERKONGSIAN INI"

promosi Pakej Set Mini Pelamin Tunang RM 850 sahaja (sah sehingga akhir bulan)

Tags: ,

Category: Hiburan

Leave a Reply