BIODATA BRONT PALARAE

| March 26, 2013 | 0 Comments

bront palaraeBiodata Bront Palarae

Nama Sebenar: Nasrul Suhaimin Saifuddin
Tarikh Lahir: 27 September 1978
Umur: 35 tahun
Asal: Alor Setar, Kedah
Kerjaya: Pelakon, penulis skrip, pengarah dan penerbit
Pencapaian: Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-23
Filem: Lang Buana, Man Laksa, Castelo, Bilut, Tipah Tertipu, Dukun, 1957: Hati Malaya, Anak Halal, Akhirat, Kala Malam Bulan Mengambang, Setam, Remp-it V3, Belukar.
Filem yang Bakal Keluar: Hanyut, Ombak Rindu, Kongsi, Sekali Lagi, Bunga Lalang, Bara Jiwa dan dua filem antarabangsa Quattro Hong Kong 2 (China) dan Liberating Soul (Jepun).

• Bront pandai bertutur dalam bahasa Siam kerana mempunyai darah Siam.
• Pernah meraih anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-23/2010 menerusi lakonan berkesannya sebagai penyiasat insurans dalam filem Belukar.
• Memulakan karier lakonan pada tahun 2000 menerusi drama TV Mat Nor Kushairi & The Velvet Boys.
• Bront juga pernah bergandingan bersama aktres Dynas Mokhtar pada tahun 2004 untuk mengacarakan program Beat TV selama dua musim.
• Pada tahun 2005, Bront menerima tawaran biasiswa daripada kerajaan Itali untuk mengikuti kursus jangka pendek dalam jurusan Bahasa & Budaya di University of Foreigners, Perugia Itali.
• Pada tahun 2008 nama Bront mula meniti bibir peminat apabila muncul dalam siri TV Sindarela memegang watak Tengku Hussein.
• Pada tahun 2010, Bront telah mengasaskan produksi filem Otto Films yang akan menjadi platform untuknya meneroka bidang penerbitan filem.
• Bront pernah ke Gaza bagi misi kemanusiaan bersama Zain Saidin dan Afdlin Shauki.
• Dikatakan menjalinkan hubungan cinta dengan aktres baru, Christina Suzanne, namun gosip itu akhirnya senyap begitu sahaja.

"TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENGHIDUPKAN PERKONGSIAN INI"

Tags: , , , ,

Category: Hiburan

Leave a Reply