PIERRE ANDRE NIKAH JUN INI | MAHU ELAK FITNAH

| March 7, 2013 | 0 Comments

Pelakon dan pengarah, Pierre Andre atau nama sebenarnya, Mohd Pierre Andre Nazrul Andre, tidak mahu menunggu lama dan memilih Jun ini untuk melangsungkan perkahwinannya.Tambah Pierre, dia tidak mahu melengahkan pernikahan dengan tunangnya, Siti Nurhidayah Hashim, kerana mahu menggelakkan fitnah.

Luahan Pierre Andre : Saya rasa, saya perlu bernikah secepat mungkin agar hubungan kami tidak diperkatakan. Bila kami tidak ada ikatan yang sah, orang akan mudah menilai kami.Jadi bagi menggelakkan fitnah di kemudian hari, saya rasa elok pernikahan kami di segerakan dan Insya-ALLAH jika tiada aral melintang, ia akan berlangsung bulan Jun ini.Segala urusan persiapan pernikahan sudah pun mula dilakukan dan hanya pernikahan yang akan dijalankan dulu. Manakala majlis resepsi pula akan berlangsung selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.Perkara utama dalam sesebuah perkahwinan adalah pernikahan. Saya akan jemput dan beritahu tarikh pernikahan dalam masa terdekat ini kepada media.Sebagai selebriti, saya amat memerlukan pihak media bagi memaklumkan peminat dan masyarakat di luar sana mengenai perkahwinan saya.

Sementara itu, pasangan Pierre Andre dan tunangnya, Siti Nurhidayah Hashim telah bertunang pada bulab februari lepas.

"TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENGHIDUPKAN PERKONGSIAN INI"

promosi Pakej Set Mini Pelamin Tunang RM 850 sahaja (sah sehingga akhir bulan)

Tags: , , , , ,

Category: Hiburan

Leave a Reply