KEMBALI FOKUS PADA PELAJARAN | HAMPIR SEBULAN DI LOKASI PENGGAMBARAN – NELYDIA SENROSE

| February 19, 2013 | 0 Comments

Pelakon yang semakin dikenali menerusi watak Ersalina dalam drama bersiri ‘Setia Hujung Nyawa’, Nelydia Senrose, memberitahu dia akan kembali fokus kepada pelajarannya selepas hampir sebulan lebih menghabiskan masa di lokasi penggambaran.

Luahan Nelydia Senrose : Alhamdulilah, saya bersyukur kerana drama tersebut diterima ramai dan saya menganggap bahawa itu merupakan salah satu bonus bagi saya untuk terus bekerja dan mengembangkan lagi bakat yang saya ada dalam dunia lakonan.Selepas ini saya akan kembali menghadiri persiapan ke kuliah seperti biasa untuk meneruskan pelajaran, selepas sebulan saya bercuti dan akan kembali fokus kepada pelajaran saya.Lebih kurang setahun lagi, dijangkaan untuk saya menamatkan pengajian saya dalam bidang psikologi. Selepas sekiranya diberi peluang saya akan terus menyambung pelajaran saya dalam bidang yang sama cuma kali ini di luar negara.Tanbah Nelydia, dia tidak akan berhenti dari dunia lakonan, cuma mahu memberi tumpuan terhadap pelajarannya.Tegas nelydia, kontroversi memang tidak dapat lari dunia artis, cuma kita perlu tahu bagaimana untuk mengelakkannya dari berlaku. Memang tidak salah sekiranya seseorang artis itu mempunyai kontroversi tetapi biarlah kontroversi itu, merupakan kontroversi ke arah positif dan boleh menaikkan nama dan kariernya, tetapi elakkanlah dari kontroversi yang boleh menjatuhkan maruah, kredibiliti dan memusnahkan kerjaya seseorang artis itu.

Biodata Nelydia Senrose :-

Nama sebenar: Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen
Tarikh lahir: 30 Julai 1994
Asal: Kota Bharu, Kelantan
Keluarga: Ketiga daripada tujuh beradik
Kerjaya: Pelakon dan pelajar
Kolej: Kolej SEGI (pengkhususan psikologi)

Drama: Spa Q, Sirah Cinta, Datin Wannabe, Biru Cinta Di Laguna, Hati Seorang Perempuan, Khalifah, Anak Aku Artis, Ahmad Durrah, Mistik Alam Hitam, Segenggam Api Secangkir Pelangi, Puaka Bunga Tanjung, Friday I’m In Love dan Setia Hujung Nyaw

"TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENGHIDUPKAN PERKONGSIAN INI"

promosi Pakej Set Mini Pelamin Tunang RM 850 sahaja (sah sehingga akhir bulan)

Tags: , , , ,

Category: Hiburan

Leave a Reply