TIDAK PERNAH ABAIKAN BIDANG NYANYIAN – IZZUE ISLAM

| February 18, 2013 | 0 Comments

Pelakon juga penyanyi, Izzue Islam yang terkenal dalam drama ‘Mimpi Cinderella’, memberitahu walaupun kerap dilihat menerusi bidang lakonan,bagaimanapun dia tidak pernah mengabaikan karier nyanyiannya sebagai anggota kumpulan Fourteen.Tambah Izzue, dia mahu bidang nyanyian dan lakonan yang diceburi bergerak seiring kerana itulah minatnya sejak kecil.

Luahan Izzue : Saya gembira kerana kedua-dua bidang itu mendapat perhatian peminat. Kalau boleh saya mahu nyanyian dan lakonan saya terus berkembang sama rata.Saya akui memang bidang lakonan lebih menyerlah, tapi itu bukanlah alasan untuk saya berhenti daripada bidang nyanyian tambahan pula itu memang minat saya.Tambah Izzue lagi, dia bersyukur kerana anggota Fourteen yang lain begitu memahami dan menyokong karier lakonannya.

Dalam perkembangan lain, Izzue kini sedang menjalani penggambaran sebuah telemovie Mencari Syifa’ untuk siaran TV Alhijrah dan dua filem lakonannya iaitu Sunti dan Hantu Toq Mudim dijangka ditayangkan pada tahun ini.

"TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENGHIDUPKAN PERKONGSIAN INI"

promosi Pakej Set Mini Pelamin Tunang RM 850 sahaja (sah sehingga akhir bulan)

Tags: , ,

Category: Hiburan

Leave a Reply