KEPUTUSAN MENCEBURI DUNIA SENI KERANA MINAT – SHARIFAH SAKINAH

| February 16, 2013 | 0 Comments

Pelakon baru Sharifah Sakinah atau nama sebenar Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar,  mengakui kedua-dua kakaknya iaitu pelakon Sharifah Norhaslinda (Lynn) dan Sharifah Shahira (Shira) tidak mencampuri keputusannya menceburi bidang seni kira-kira tiga tahun lalu.Jelas anak muda ini, kakak-kakaknya itu bersikap demikian kerana sudah berpengalaman dengan asam garam dunia seni.Justeru, mereka tidak mahu dia menyesal jika perkara buruk atau kontroversi menimpa apabila bergelar artis.

Luahan Sharifah Sakinah : Memang pada awalnya kakak-kakak tidak galakkan dan tidak pula larang keputusan saya menceburi bidang ini.Mereka sudah arif dengan asam garam dunia hiburan dan tidak mahu saya menyesal kalau tidak mampu menempuhi cabaran dalam bidang ini.Bagaimanapun, kerana minat yang mendalam terhadap lakonan menjadi pegangan untuk dia mengikut jejak mereka dalam bidang ini.Saya bina kerjaya atas usaha sendiri dengan menghadiri apa sahaja uji bakat lakonan yang ada.Walaupun ada dua kakak yang dikenali tetapi saya tidak bergantung harap pada mereka untuk tawaran lakonan.Tambah Sakinah, dia suka dilabel pelakon komedi sebab seingat saya tidak ramai pun pelakon generasi baharu yang buat komedi.Kebetulan pula dari awal lagi kebanyakan tawaran lakonan untuk saya adalah bagi watak dan drama komedi, jadi saya buat sahajalah.

Biodata Sharifah Sakinah

NAMA SEBENAR: Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar
NAMA KOMERSIAL: Sakina
TARIKH LAHIR: 28 Mei 1989
BINTANG: Gemini
ASAL: Kuala Lumpur
IDOLA: Hasnul Rahmat
IKLAN KOMERSIAL: Tropica Twister, Tropicana Mall, Gardenia, Celcom dan Maxis
LAKONAN: Siri Hotel Mania

"TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENGHIDUPKAN PERKONGSIAN INI"

promosi Pakej Set Mini Pelamin Tunang RM 850 sahaja (sah sehingga akhir bulan)

Tags: , , , , , ,

Category: Hiburan

Leave a Reply