WANITA ITU HANYA KAWAN BAIK | KAMI BUKAN KEKASIH – TALHA HARITH

| February 15, 2013 | 0 Comments

Pelakon Talha Harith, menegaskan wanita yang dilihat bergambar mesra dengannya dalam beberapa keping foto di laman Instagram, hanyalah rakan karib dan bukan kekasih seperti yang didakwa.Dia membuat penjelasan tersebut bagi mengelak salah faham dan spekulasi kerana hubungannya dengan wanita bernama Farah Shazreen itu hanyalah berlandaskan persahabatan biasa.

Luahan Talha : Saya tidak kisah pun mengenai gambar-gambar kami tersebar sebab tiada apa yang menjolok mata ataupun perbuatan tidak sopan.Cuma saya perlu jelaskan wanita itu hanyalah kawan baik dan kami bukan kekasih seperti segelintir pihak sangkakan.Tambah Talha, susulan itu dia segera menghubungi dan menegur Farah atas tindakannya memuat naik gambar-gambar berkenaan.Saya terus tegur kenapa dia memuat naik gambar-gambar itu berserta kapsyen my babyboo (kekasih saya) kerana ia menimbulkan salah faham.Padahal kami hanya kawan baik sejak tiga tahun lalu dan tiada apa-apa ikatan istimewa pun.Tegas Talha, pendedahan berhubung status gambar itu bukan kerana dia mahu menyembunyikan status hubungan cinta daripada peminat.Saya cuma tidak mahu timbul salah faham sahaja. Kalau memang dia kekasih tidak apalah tetapi kami hanya kawan biasa.

 

"TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENGHIDUPKAN PERKONGSIAN INI"

promosi Pakej Set Mini Pelamin Tunang RM 850 sahaja (sah sehingga akhir bulan)

Tags: ,

Category: Hiburan

Leave a Reply