NK JELAS ISU RAMPAS SUAMI ORANG

| February 3, 2013 | 0 Comments

Pelakon Norish Karman ataupun lebih mesra disapa NK, akur kontroversi yang melanda dirinya penyebab utama dia kehilangan kerja.Tegas NK, bukan dia hidup tanpa kerja tetapi membuat kerja sambilan seperti membuat kerja katering di rumah dan juga mengadakan ceramah motivasi jika ada jemputan.Bagaimanapun, NK nyata terkilan dengan kenyataan yang dilemparkan kepadanya oleh wanita yang pernah dianggap sebagai kakak sendiri.

Luahan NK : Saya tidak pasti kenapa dia boleh keluar cerita sebegitu mengenai saya sedangkan selama saya berkawan dengannya, anak-anak dialah yang membuatkan saya gembira kerana mereka anggap saya sebagai bondanya sendiri.Anak wanita tersebut seramai empat orang masing-masing amat menyukai dirinya dan seringkali dijemput menghadiri majlis makan-makan yang diadakan.Jika ikut kenyataan wanita tersebut dia seolah-olah cuba melibatkan suaminya sedangkan saya hanya rapat dengan anak bukan suami.Mungkin dia iri hati melihat keletah anak-anaknya yang jauh lebih rapat dengan saya berbanding ibu sendiri.Bagi menjelaskan kenyataan di beberapa akhbar tempatan, NK memberitahu tiada apa-apa hubungan yang terjadi di antara dia dan suami wanita tersebut.Bayangkanlah suaminya itu berumur lebih kurang 60 tahun takkan tergamak saya merobohkan rumah tangga mereka yang telah saya anggap seperti keluarga sendiri”.Saya sudah mempunyai empat orang anak dan tidak pernah terfikir untuk memburukkan mana-mana orang.Perhubungan di antara dia dan keluarga tersebut terjalin hampir lima tahun akhirnya tamat disebabkan sikap iri hati wanita tersebut.

Perkembangan terbaru NK : Dia mahu fokus dengan bidang nyanyian.

"TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENGHIDUPKAN PERKONGSIAN INI"

promosi Pakej Set Mini Pelamin Tunang RM 850 sahaja (sah sehingga akhir bulan)

Tags: , , , , ,

Category: Hiburan

Leave a Reply