KENAIKAN GAJI 5 PERATUS | PENJAWAT AWAM GAJI MATI

| January 23, 2013 | 0 Comments

gambar ketua setiausaha negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa,gambar Datuk Seri Dr Ali Hamsa,gambar ketua setiausaha negaraKetua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa , Kerajaan dijangka mengumumkan penetapan gaji dua hingga lima peratus bagi penjawat awam yang sudah mencapai tahap gaji maksimum atau ‘gaji mati’ pada Februari ini.

Tambah Beliau, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang membuat kajian teliti bagi menangani masalah penjawat awam yang berprestasi baik dan cemerlang dengan markah 80 peratus ke atas dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) mereka tetapi sudah mencapai gaji maksimum dan tidak memperoleh kenaikan pangkat kerana tiada kekosongan.

Ulasan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa : Saya tidak mahu melihat penjawat awam yang menjalankan tugas dengan cemerlang tetapi mendapat gaji statik. Ini yang saya mahu atasi.JPA sedang memuktamadkan senarai yang ada. Mereka sedang meneliti rekod perkhidmatan. Selalunya akan ada kenaikan biasa gaji, tetapi dalam kes ini kita mahu selesaikan kes mereka yang sudah mencapai tahap statik.Kami perlu berbincang dengan Perbendaharaan mengenai implikasi kewangan.Kerajaan amat positif mengenainya. Mereka faham gaji statik bukannya jawapan kepada penjawat awam yang berprestasi cemerlang.

"TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENGHIDUPKAN PERKONGSIAN INI"

Tags: , , ,

Category: Bajet 2012

Leave a Reply