SUPER POPULAR : IZARA AISHAH RAIH POPULARITI | BERSYUKUR DIBERI KEPERCAYAAN WATAK UTAMA

| July 14, 2012 | 0 Comments

SUPER POPULAR : IZARA AISHAH RAIH POPULARITI | BERSYUKUR DIBERI KEPERCAYAAN WATAK UTAMA , Pelakon kacukan Melayu-Pakistan juga dramatis “Nazihah”, Izara Aishah menaruh keyakinan dapat meraih populariti dalam dunia hiburan selepas mendapat kepercayaan syarikat produksi yang memberikannya lapan kali peluang berlakon drama.Tambah Izara , sejak awal pembabitannya dalam bidang lakonan dia memang berharap untuk cepat dikenali dan bersyukur dengan kepercayaan pengarah terhadapnya.

Jelas Izara Aishah : Jika diikutkan saya masih baru dalam bidang lakonan tetapi segala usaha saya nampak berbaloi apabila diberi kepercayaan oleh pengarah untuk memegang watak utama.Namun itu bukan alasan untuk saya terus hanyut dengan populariti kerana masih banyak perkara yang perlu diperbaiki dalam menjadikan saya seorang pelakon yang disegani.Tegas Izara Aishah , dia bagaimanapun enggan menerima sebarang watak melibatkan aksi ranjang terutamanya bersama lelaki sekiranya ditawarkan oleh pihak produksi.Tambahnya lagi ,  faktor usianya yang masih muda juga jadi penyebab dia enggan menerima watak-watak sedemikian dan menjelaskan keputusannya itu tiada kena mengena dengan populariti sebaliknya lebih kepada prinsip sebagai seorang individu.Saya masih baru dalam industri dan rasanya masih banyak peranan lain yang boleh saya terokai dan watak wanita jahat dan aksi ranjang mungkin tidak sesuai buat masa ini .Walaubagaimana pun , prinsipnya itu mungkin berubah suatu hari nanti jika dia sudah bersedia untuk menerima watak sedemikian.

Drama Lakonan Izara Aishah : Antara drama lakonan Izara yang berjaya menambat hati penonton adalah Kasih Najiha, Soffiya, Keranamu Laila, Masih Membara Cintaku, Selumbar Kasih, Jejaka J, Cikaro, Pusing Beraya, Vanila Coklat dan terkini drama bersiri Nazihah di TV3.

"TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG SENTIASA MENGHIDUPKAN PERKONGSIAN INI"


Tags:

Category: Hiburan

Leave a Reply