SUPER SENSASI : BEKAS FINALIS PROGRAM ANAK WAYANG BEBAS GOSIP DENGAN ERRA FAZIRA

| July 10, 2012 | 0 Comments

SUPER SENSASI : BEKAS FINALIS PROGRAM ANAK WAYANG BEBAS GOSIP DENGAN ERRA FAZIRA , Pelakon juga Bekas finalis program Anak Wayang (2009) , Amar Baharin atau nama sebenarnya Amar Mohd Baharin , berasa semakin bebas sejak namanya tidak lagi dikaitkan dengan dakwaan kononnya mempunyai hubungan istimewa dengan aktres Erra Fazira .Tambah Amar ,  gosip yang timbul kerana salah faham itu berjaya diatasi dengan baik kerana dia tidak pernah melatah atau mengelak ketika diajukan pelbagai pertanyaan berhubung dakwaan tersebut.

Jelas Amar Baharin : Sudah tentu sebagai orang baru, saya akui agak terkejut ketika mula-mula dikaitkan dengan gosip hubungan saya dengan dia (Erra) tetapi saya cuba hadapinya dengan tenang dan rasional.Selain itu , dengan bantuan seorang wartawan senior, salah faham yang timbul itu berjaya dileraikan dan cerita itu tidak lagi diperkatakan. Tiada apa yang perlu dirisaukan kerana saya tidak melakukan perkara seperti yang didakwa.Tanbah Amar lagi , dia bersyukur kerana perjalanan kariernya bertambah baik dan lancar sejak namanya tidak lagi dikaitkan dengan tuduhan itu.

Dakwaan Panas Amar dan Erra : Sebelum ini, Amar didakwa menjalinkan hubungan istimewa dengan Erra dan dituduh menjadi orang ketiga kepada konflik rumah tangga aktres popular itu.Sebelum ini, saya risau juga apabila orang mengenali saya kerana kontroversi. Padahal saya dan Erra hanya kenalan artis di lokasi penggambaran kerana kami berlakon bersama beberapa kali.Kami tidak rapat pun seperti didakwa. Alhamdulillah, kini saya berasa semakin bebas dan tidak lagi tertekan dengan gosip itu dan dapat bekerja seperti biasa tanpa tekanan.

Perkembangan Terkini Karier  Amar : sehingga kini dia masih mencari karakter yang bersesuaian bagi menonjolkan bakatnya kepada khalayak umum.Saya masih terlalu baru, lebih kurang tiga tahun saja pembabitan dalam bidang lakonan. Saya tidak boleh memilih tawaran kerana masih mencari karakter yang bersesuaian.Selain itu , saya mahu menjadi pelakon yang versatil. Setakat ini, saya masih belum mendapat watak yang unik atau benar-benar menguji kemampuan bagi menilai prestasi diri ini,” katanya.

Perkembangan terbaru Amar : dimana dia baru menamatkan penggambaran drama bersiri Geng Surau musim kedua, kini sibuk di lokasi telefilem Aidilfitri berjudul Pontianak Beraya Di Kampung Batu 2 arahan Michael Ang di samping Didie Alias, Erra Fazira dan Yasmin Hani.Aksi lakonannya boleh ditonton dalam drama Nazihah yang kini disiarkan pada setiap Jumaat pukul 9 malam di TV3.

"TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG SENTIASA MENGHIDUPKAN PERKONGSIAN INI"

Incoming search terms:

  • amar baharin (130)
  • anak ikan erra fazira (39)
  • anak wayang (15)
  • erra fazira beraya bersama anak (15)
  • erra fazira dan anak ikan (7)
  • erra fazira drama terkini 2013 (2)
  • erra fazira dengan anak ikan (2)
  • perkembangan terbaru amar (1)
  • hubungan panas erra dan awie (1)
  • erra fazira dan anak (1)

Tags: , , , ,

Category: Hiburan

Leave a Reply