TAHNIAH : RATU ROCK NEGARA , ELLA KINI SAH BERGELAR ISTERI

| July 8, 2012 | 1 Comment

TAHNIAH : RATU ROCK NEGARA , ELLA KINI SAH BERGELAR ISTERI , Dengan sekali lafaz , Penyanyi juga Ratu rock negara, Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminudin, kini sah bergelar isteri kepada  Azhar Ghazali , seorang juruterbang syarikat Firefly.Majlis pernikahan mereka diadakan di rumah keluarga Ella di Teluk Gadung, Klang di sini kira-kira pukul 10.30 malam Sabtu.

Perkahwinan Ella & Azhar

credit by opssmedia

Ratu Rock Malaysia Ella Berinai Sebelum Pernikahan ( malam berinai ella )

credit by rapiszalrusli

Ulasan Majlis Pernikahan Ella : Pasangan tersebut dinikahkan oleh Jurunikah Masjid Nurul Iman, Klang, Baharuddin Abu Bakar berwalikan abang sulung pengantin perempuan, Mohd Noor Izam Aminudin.Ella dan Azhar sebelum itu telah ditunangkan sebelum majlis akad nikah bermula.Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 300 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga pengantin kedua-dua belah pihak dan wakil media.Pengantin perempuan menerima RM50,300 sebagai mas kahwin berserta tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang.Ella dan Azhar kelihatan sedondon dengan persalinan berwarna krim rekaan Saiful Baharim.

Ella & Azhar Ghazali telah selamat diijabkabulkan


credit by rapiszalrusli

Majlis resepsi Ella dan Azhar akan diadakan pada 1 Disember depan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

"TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG SENTIASA MENGHIDUPKAN PERKONGSIAN INI"

Incoming search terms:

  • ella (86)
  • gambar terbaru ella dan suami (75)
  • ella ratu rock malaysia wedding (32)
  • ella rock malaysia wedding (30)
  • wedding ella ratu rock (26)
  • gambar kawin ela (20)
  • gambar kawin (19)
  • majlis pernikahan ella (18)
  • majlis perkahwinan ella (18)
  • perkahwinan ella ratu rock malaysia (17)

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Category: Hiburan

Leave a Reply