KAD DISKAUN SISWA 1MALAYSIA (KDS1M) | INSENTIF BARU KERAJAAN

| July 5, 2012 | 0 Comments

KAD DISKAUN SISWA 1MALAYSIA (KDS1M) | INSENTIF BARU KERAJAAN , Lebih kurang 1.5 juta mahasiswa seluruh negara bakal menerima Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M), seperti yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.Menurut Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, KDS1M merupakan satu inisiatif baru yang disediakan oleh kerajaan khusus untuk mahasiswa.

Ulasan Mengenai KDS1M : Pemegang KDS1M akan menerima potongan lima hingga ke 60 peratus daripada harga sebenar dan inisiatif ini dilihat dapat mengurangkan beban mahasiswa sepanjang tempoh pengajian mereka di institut pengajian tinggi (IPT).Dalam tempoh yang terdekat, Bank Rakyat akan memberikan keutamaan kepada mahasiswa tahun akhir bagi memastikan mereka menikmati kemudahan ini.KPDNKK menyahut cabaran untuk mewujudkan kad diskaun ini atas cadangan wakil pelajar dalam Mesyuarat Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) yang lalu dan hasil dialog bersama mereka, isu kos sara hidup sering dibangkitkan.KDS1M adalah keprihatinan kerajaan untuk memastikan seluruh mahasiswa dalam keadaan selesa ternyata memberi kesan baik.

Bagaimana ingin mendapat KDS1M :  Mereka tidak perlu memohon KDS1M kerana ia adalah percuma dan bakal diperoleh oleh setiap mahasiswa sejurus melayakkan diri ke IPT.KDS1M ditaja sepenuhnya oleh Bank Rakyat dan akan mencetaknya serta menyalurkan terus kad berkenaan kepada semua IPT seluruh negara.Sebarang maklumat lanjut mengenai KDS1M boleh layari laman web www.1pengguna. com.

“DIHARAP MAHASISWA-MAHASISWI MENGGUNAKAN KEMUDAHAN INI SEBAIKNYA”

"TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG SENTIASA MENGHIDUPKAN PERKONGSIAN INI"

Incoming search terms:

  • www 1pengguna com (454)
  • Www 1pengguna com/kds1m (232)
  • 1pengguna (174)
  • kad1m (157)
  • 1pengguna kds1m (62)
  • 1pengguna com (36)
  • 1pengguna com/kds1m (23)
  • kad siswa 1m (13)
  • 1pengguna kad siswa (10)
  • www 1pengguna (10)

Tags: , , , , , , , , , , , ,

Category: Pendidikan

Leave a Reply