KONSERT PERCUMA RAMLI SARIP 14 JULAI 2012 | BERKONSEP SPIRITUAL POP “KONSERT ALUNAN KALBU”
KONSERT PERCUMA RAMLI SARIP 14 JULAI 2012 | BERKONSEP SPIRITUAL POP “KONSERT ALUNAN KALBU” , Ramli Sarip bakal tampil dengan persembahan berkonsepkan spiritual pop bersempena konsert Alunan Kalbu bagi menyambut ulang tahun ke 20 Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)Penyanyi rock terkenal, Ramli Sarip bakal tampil dengan persembahan berkonsepkan spiritual pop bersempena konsert Alunan Kalbu bagi menyambut ulang tahun ke 20 Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) pada 14 Julai depan.Tambah Ramli Sarip , menerusi persembahan itu dia akan membawakan lagu-lagu berkonsepkan ketuhanan dan kerohanian dengan menggunakan muzik akustik bagi memberikan kelainan pada persembahan itu nanti.
Jelas Ramli Sarip Mengenai Konsert : Persembahan itu nanti akan lebih kepada lagu-lagu kemanusiaan dan ketuhanan dengan pelbagai mesej berguna kepada penonton.Bagaimanapun ia akan diadakan dalam keadaan santai dengan diiringi muzik akustik dengan alatan seperti rebana, gambus, seruling dan rabuka
KONSERT ALUNAN KALBU 14 JULAI 2012
Tempat : Dewan Besar IKIM
Tarikh : 14 julai
Masa : 8.45 malam
Tiket : masuk adalah percuma.
Dewan yang boleh memuatkan 300 penonton itu turut diserikan dengan persembahan pembukaan oleh penyanyi Iwan Syahman.
Selain itu , pihak Radio IKIM FM turut mengadakan karnival dan pameran di perkarangan IKIM dengan pelbagai aktiviti menarik selama tiga hari bermula 13 Julai, pukul 12 tengah hari.Aktiviti yang bakal berlangsung adalah pertandingan mewarna, demo memasak bersama chef, kuiz IKIM FM, sukaneka bersama artis dan bersama maskot Boboi Boy.Bagi yang inginkan maklumat lanjut, boleh menghubungi urus setia di talian 03-62046320 atau 03-62046329.
Lagu pilihan Ramli Sarip bagi konsert Alunan Kalbu : lagu yang bakal dipersembahkan adalah seperti Bukan Kerana Nama, Nyanyian Serambi, Adam Hawa, Kekasihku, Kau Yang Satu, Bahasa Terindah, Anugerah Nabi, Iqra, Senandung Hidup Berbudi dan Qasidah Kampungan.Ada di antara lagu-lagu tersebut pernah dinyanyikan dan mendapat sambutan daripada peminat dan selebihnya adalah lagu baru daripada album terbaru saya iaitu Sadaqa.Tambahnya juga , album berkenaan belum berada di pasaran.
Menurut Pengarah Radio IKIM FM, Nik Roskiman Abdul Samad : Pemilihan Ramli pada konsert itu adalah memikirkan populariti dan lagu-lagunya yang sering diputarkan di stesen radio itu.Tambah Nik , pihaknya juga ingin memberikan kelainan kepada sambutan ulang tahun itu tetapi masih mengikut tema yang telah ditetapkan.Selain itu , Lagu-lagu Ramli sering menjadi pilihan pendengar untuk diputarkan di stesen radio kami. Jadi pemilihan Ramli adalah tepat dengan kehendak pendengar dan tema yang ingin kami ketengahkan.Dalam pada itu , Satu skrin besar juga akan disediakan di luar dewan bagi menampung kehadiran orang ramai yang tidak berkesempatan untuk masuk ke dalam dewan.

"TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG SENTIASA MENGHIDUPKAN PERKONGSIAN INI"
Incoming search terms:
- pengarah radio ikim nik roskiman (3)
- tema bagi alunan muzik (2)
- lagu ramli sarip dalam konsert UNITEN (1)
- lagu2 kerohanian ramli sarip (1)
- nak menghubungi ramli sarip (1)
- ramli sarip terkini (1)
Category: Hiburan





