AMRI YAHYA MENGASARI MOHAMMAD GHADDAR | FAM TUNGGU ADUAN RASMI KAFA

| July 2, 2012 | 0 Comments

AMRI YAHYA MENGASARI MOHAMMAD GHADDAR | FAM TUNGGU ADUAN RASMI KAFA , Penyerang berbisa Selangor Amri Yahya yang dikatakan telah mengasari Mohammad Ghaddar,pemain import Kelantan ketika perlawanan saingan Liga Super yang berlangsung pada 29 jun 2012 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Baharu, Jumaat lalu,dengan keputusan Kelantan 1 vs 0 Selangor.Berdasarkan dakwaan Amri Yahya dikatakan telah menumbuk pemain import Kelantan,Mohammad Ghaddar, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kini menunggu aduan rasmi daripada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berhubung tindakan pemain Selangor, Amri Yahya yang didakwa mengasari pemain import Kelantan, Mohammad Ghaddar pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Baharu, Jumaat lalu.

Setiausaha Kehormatnya, Datuk Azzudin Ahmad berkata pihaknya akan membuka kertas dakwaan jika ada kes dan Jawatankuasa Tatatertib FAM yang dipengerusikan Datuk Taufik Abdul Razak akan melakukan siasatan selepas itu. “Selepas menerima aduan, kita akan menyemak rakaman visual perlawanan dan laporan perlawanan sebelum mengambil tindakan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Seandainya tindakan yang dilakukan oleh Amri terhadap Ghaddar betul,ini adalah tindakan memalukan sukan bola sepak tempatan,lebih-lebih lagi kekasaran dilakukan terhadap pemain import.Ini boleh menjatuhkan imej sukan bola sepak negara.Cuba fikir apa pandangan dunia terhadap sukan bola sepak negara , dek kerana sikap individu yang tidak profesional? pepatah ada mengatakan “setitik nila ,boleh rosak susu sebelanga”

“JADIKAN BOLA SEPAK SUKAN MENGERATKAN PERSAHABATAN , JANGAN JADIKAN PADANG TEMPAT MELEPASKAN GERAM”

"TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG SENTIASA MENGHIDUPKAN PERKONGSIAN INI"

Incoming search terms:

  • ghaddar kahwin (61)
  • amri yahya kahwin (20)
  • amri yahya dan isteri (10)
  • amri yahya biodata (7)
  • gambar isteri amri yahya (6)
  • biodata amri yahya (4)
  • amri yahya pemain bola sepak (2)
  • gambar kahwin amri yahyah (1)

Tags: , , , , , , , , , ,

Category: Sukan

Leave a Reply