GOLDEN SCREEN CINEMAS BUKA CAWANGAN BARU
GOLDEN SCREEN CINEMAS BUKA CAWANGAN BARU , Golden Screen Cinemas Sdn Bhd (GSC), tampil membuka dua lagi cawangan pawagam di Setia City Mall, Shah Alam serta Paradigm Mall, Kelana Jaya.Ketua Eksekutifnya, Koh Mei Lee berkata, lebih RM36 juta dilaburkan bagi membangunkan kedua-dua pawagam itu yang dilancarkan serentak pada majlis pembukaannya pada 21 Jun lalu.Pembukaan dua kompleks pawagam ini adalah sebahagian daripada aktiviti ulang tahun ke-25 GSC yang kami raikan. Sebelum ini GSC Lite di Mentakab Star Mall juga beroperasi sejak Mac lalu.
“Untuk GSC Setia City Mall ia dilengkapi empat dewan digital dengan reka bentuk kontemporari serta mesra alam dengan menerapkan penggunaan kayu, batu, kaca dan keluli. Kapasitinya merangkumi 1,552 tempat duduk dan ruang untuk 18 kerusi roda.Bagi GSC Paradigm Mall ada enam dewan digital yang boleh memuatkan seramai 1,548 penonton serentak dengan 18 ruang untuk mereka yang berkerusi roda. Reka bentuknya pula diilhamkan daripada revolusi digital dalam teknologi pawagam mahupun visual. Kami juga sudah lama menggantikan imej filem analog kepada digital.
Selain itu, GSC memperkenalkan cermin mata Dolby 3D untuk kanak-kanak bagi kedua-dua pawagam berkenaan dan seterusnya diikuti cawangan pawagam lain.Pelbagai kemudahan baru juga disediakan yang mana kedua-dua pawagam ini membawakan ciri ‘mesra alam’. Satu lagi ciri baru diperkenalkan di GSC Paradigm Mall iaitu kaunter ‘Hot Food Pick Up’ di mana orang ramai boleh membuat bayaran dan mendapatkan pelbagai produk yang dijual di kaunter utama kecuali ‘makanan panas’ seperti hot dog, bebola daging ayam, nugget ayam, karipap, fish & chips, jagung cawan dan kentang lenyek.
“Di samping itu, GSC juga merancang membuka dua lagi cawangan terbaru kami di City One Mall, Kuching, Sarawak serta GSC Amanjaya, Sungai Petani, Kedah sekitar hujung tahun ini. Jadi penonton di sana tunggu dengan kemunculan kami.Bagi penonton yang ingin membuat tempahan, kemudahan e-pembayaran GSC (Internet dan telefon bimbit) turut disediakan, malah kemudahan canggih seperti ‘selfprint’ dan pintu automatik mula dipraktikkan terhadap kedua-dua pawagam berkenaan.
Filem hebat sedang ditayangkan : Filem tempatan yang sedang menanti peminat adalah Mael Lambong, Hanya Aku Cinta Kau Seorang dan Baik Giler!!
Filem import dari luar negara : Abraham Lincoln: Vampire Hunter, Brave, Madagascar 3, Prometheus, Ghost On Air dan Snow White and the Huntsman. Manakala filem blockbuster musim panas yang akan menanti tayangan minggu depan adalah The Amazing Spider-Man lakonan Andrew Garfield dan Emma Stone.
Tiket Golden Screen Cinemas (GSC) :Selain pembelian tiket di kaunter biasa, penonton juga boleh menjadi tetamu istimewa melalui menggunakan kad kredit khas daripada Hong Leong Bank. Pelanggan yang memiliki kad ini akan mendapat beberapa kemudahan selain tidak payah beratur panjang khususnya pada musim-musim tayangan filem yang sesak.
Lokasi dan Dewan Golden Screen Cinemas : Sehingga kini, GSC mempunyai 215 dewan tayangan di 26 lokasi seluruh Malaysia iaitu di di Mid Valley merangkumi Pavilion, 1Utama, Berjaya Times Square, Alamanda, Tropicana City, Paradigm Mall, Setia City Mall, Cheras Leisure Mall, IOI Mall dan Summit USJ.
Ia juga beroperasi di Central Square (Kedah), Gurney Plaza, Queensbay Mall & Sunway Carnival (Pulau Pinang), Ipoh Parade (Perak), Terminal 1 (Negeri Sembilan), AEON Melaka, Pelangi Leisure Mall (Johor), East Coast Mall, Berjaya Megamall & Mentakab Star Mall (Pahang) serta Suria Sabah & 1Borneo (Sabah),
Untuk informasi lebih mendalam mengenai GSC dan segala kemudahan yang ditawarkan kepada penonton, sila layari www.gsc.com.my.

"TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG SENTIASA MENGHIDUPKAN PERKONGSIAN INI"
Incoming search terms:
- amanjaya mall cinema (76)
- gsc amanjaya mall (31)
- wayang amanjaya mall (17)
- jawatan kosong aman jaya mall sungai petani (13)
- wayang setia city mall (11)
- jawatan kosong setia city mall (7)
- kerja kosong di setia city mall (6)
- panggung wayang setia city mall (5)
- jawatan kosong di setia city mall (4)
- jawatan kosong wayang tgv (3)
Category: Hiburan






Great blog here! Also your site loads up very fast! What web host are you using?
Can I get your affiliate link to your host? I wish my
web site loaded up as fast as yours lol