MODEL HONDA GOLD WING 2012 | HARGA DAN SPESIFIKASI

| June 21, 2012 | 0 Comments

MODEL HONDA GOLD WING 2012 | HARGA DAN SPESIFIKASI , Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, Satoshi Okada, Honda Gold Wing 2012 mendapat perhatian meluas sewaktu diperkenalkan pada MotoXpo 2012 Februari lalu.Oleh itu , Boon Siew Honda Sdn Bhd (Boon Siew Honda) menawarkan legenda motosikal pengembaraantouring, Gold Wing 2012 ke pasaran Malaysia.Ia mencipta kejutan dalam kalangan komuniti penunggang motosikal dengan penampilan luaran yang bergaya dan prestasi termaju yang membuktikan aspek kebolehpercayaan dan tahan lasak. “Direka untuk mereka yang gemar mengembara, Gold Wing 2012 menyediakan ruang simpanan barang lebih 150 liter.

SPESIFIKASI GOLD WING 2012

Sementara kompartmen penyimpanan bahagian tengah berkapasiti 2.8 liter disediakan untuk menyimpan barangan kecil peribadi dan aksesori. Model touring berkenaan dijana oleh unit enjin lawan mengufuk enam silinder bersesaran 1832cc dengan sistem penyejukan cecair bersama kotak gear lima kelajuan.

Pengalaman menunggang motosikal touring tidak lengkap tanpa sistem audio yang bagus untuk memainkan muzik. Oleh itu, Gold Wing 2012 hadir bersama satu sistem audio dengan bunyi keliling dalam pelbagai format seperti MP3, WMA dan AAC yang boleh disambung kepada iPod, iPhone atau USB. Ciri-ciri keselamatan turut dipertingkatkan dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) yang berperanan mengurangkan usaha membrek apabila ia mengesan roda akan terkunci.Sementara Sistem Brek Gabungan (CBS) pula bertanggungjawab memberi keseimbangan di antara brek hadapan dan belakang.

HARGA GOLD WING 2012

Didatangkan dalam dua warna pilihan putih dan hitam, tanda harga atas jalan bagi Gold Wing adalah RM174,900. Maklumat lanjut, sila layari www.boonsiewhonda.com.my atau hubungi talian bebas Boon Siew Honda: 1800- 88-3993.

"TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENGHIDUPKAN PERKONGSIAN INI"

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Sosial

Leave a Reply