RIZAL AF5 BAKAL BERKAHWIN DENGAN EKSEKUTIF FIREFLY TAHUN DEPAN
RIZAL AF5 BAKAL BERKAHWIN DENGAN EKSEKUTIF FIREFLY 27 JANUARI 2013 , Penyanyi Rizal Ayub atau nama sebenarnya Hasfarizal Ayub, juga bintang Akademi Fantasia ke 5 (AF5),telah bertunang dengan wanita senegeri dengannya iaitu Sarawak pada 26 Mac lalu.Hal ini disahan sendiri oleh Rizal.Tambah Rizal , dia tiada niat untuk merahsiakan pertunangannya dengan Eksekutif di syarikat penerbangan Firefly bernama Maria Mohd Harun itu sebaliknya enggan terlalu menghebohkan cerita berkenaan.
Jelas Rizal Ayub : Saya tak mahu kecoh-kecoh kerana ini baru majlis pertunangan. Alhamdulillah keluarga kedua-dua belah pihak bersetuju untuk mengikat kami dengan tali pertunangan selepas empat tahun bercinta.Insya-Allah, semoga sepanjang pertunangan ini, saya mohon perlindungan daripada Allah untuk jauhkan kami daripada dugaan dan perkara yang tidak diingini.Selain itu ,pertunangan ini hanya dihadiri keluarga terdekat dalam satu majlis tertutup di kediaman pihak perempuan di Kuching, Sarawak.
Pada majlis tersebut, keluarga Rizal telah memberikan sebentuk cincin serta sejumlah wang tunai sebagai tanda bertunang. Majlis pernikahan pula dijadualkan pada 26 Januari 2013.Kedua-dua pasangan itu pula merancang mengadakan majlis persandingan pada 27 Januari 2013 di Dewan Pustaka Negeri Kuching, Sarawak.
Luahan Rizal Ayub : Walaupun jarak masa majlis pernikahan kami masih jauh, saya sudah dapat merasai debarannya dan tanggungjawab yang bakal dipikul sebagai seorang suami.Saya bersyukur kerana memiliki bakal isteri yang cantik dan pada masa sama kami saling memahami antara satu sama lain, lebih-lebih lagi dengan kesibukan kerja saya yang tidak menentu ini.Alhamdulillah apabila niat kita ingin menuju ke alam perkahwinan, rezeki kerja nyanyian dan lakonan juga bertambah. Semoga perancangan kami mendirikan rumah tangga berjalan dengan lancar.

"TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG SENTIASA MENGHIDUPKAN PERKONGSIAN INI"
Incoming search terms:
- majalah nona januari 2013 (148)
- pelamin tunang 2013 (128)
- diana danielle bertunang (65)
- mini pelamin tunang 2013 (38)
- pelamin mini 2013 (13)
- bakal suami ella (10)
- pelamin di kuching (10)
- pelamin bertunang terkini (7)
- pelamin di kuching sarawak (6)
- promosi tunang 2013 (3)
Category: Hiburan













